Bab 11
“You buat apa kat
sini?”soal Aqasha cuba
menghalang Qaseh dari keluar dari pantry.
Aqasha sengaja
memberi alasan mahu ke tandas kerana ingin bertemu dengan Qaseh. Dia bukannya
tidak pernah mencari Qaseh tetapi Aqasha sendiri buntu di mana lagi harus dia
mencari gadis yang dia cintai itu. Mana tidaknya, telefon tidak berangkat,
mesej tidak berbalas sehinggalah Aqasha pergi sendiri ke rumah sewa Qaseh namun
menurut Zizie, Qaseh dah lama pindah. Hancur luluh hati Aqasha. Dia nak tahu
kenapa Qaseh melarikan diri daripadanya.
“Tak ada kena
mengena dengan you.” Balas Qaseh dingin sedingin-dinginnya.
“Kenapa pula tak
ada kena mengena? You tu teman wanita I. Apa
salah I sampai you larikan diri macam ni?”
“Kita dah lama
putus. You dan I dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Tepilah. I nak lalu.”
Aqasha tidak
berganjak. Dulang yang ditatang oleh Qaseh diambil lalu diletakkan di atas meja
semula. Dia memegang bahu Qaseh erat. Dia inginkan penjelasan.
“Apa salah
I?”tanya Aqasha lagi.
“You tak salah. I
saja yang bodoh. Tertipu dengan helah you.” Qaseh mengukirkan senyuman yang
begitu sinis buat Aqasha. Dia cuba
untuk kuat. Dia tidak boleh lemah di hadapan lelaki ini.
“ Helah apa yang
you cuba
maksudkan ni, sayang? Please, jangan
buat I macam ni. I setengah mati cari you, Qaseh. I sayangkan you.”
Qaseh ketawa
dibuat-buat.
“Sayang? Simpanlah
sayang you tu untuk perempuan yang sedang mengandungkan anak you tu nanti. I
dah tak percaya lelaki macam you. Tepilah.”
“Mengandungkan
anak I? Apa ni? I tak faham… Jangan bagi I confuse,
sayang.”
“Tak apalah. Nanti
you akan faham sendiri. I ni perempuan tak sedar diri sebenarnya. Maafkan I
kalau selama ni I ada menyusahkan you. You pergilah teruskan hidup you dan I
akan teruskan hidup I seperti biasa.”
Aqasha menggeleng.
Dia tidak boleh menerima semua ini. Dia tidak tahu apa puncanya ketika ini. Apa
yang cuba
dimaksudkan oleh Qaseh?
“ Tak akan you nak
lepaskan macam tu aje setelah apa yang kita lalui bersama?”
“Redha dalam
keterpaksaan. I terima andai ini yang telah diaturkan. You dan I tak ada jodoh.
Terima sajalah.” Ujar Qaseh sebelum berlalu meninggalkan Aqasha keseorangan di
situ.
***************
Aqasha mengambil
tempat di sebelah Fathir. Dia duduk berhadapan dengan Qaseh yang nampak begitu benci untuk
memandang mukanya. Aqasha cuba
untuk berfikir. Apa salahnya?
“Jemput minum,
Qasha. Jangan nak malu-malu. Loya tekak aku kalau kau malu.” Qayyim berseloroh
sambil tergelak kecil.
Aqasha hanya
mengukirkan senyuman nipis terus mengambil minuman yang terhidang. Matanya
tidak lepas dari terus memandang Qaseh yang kelihatan tidak selesa dengan
kehadirannya.
“Ayim, Qasha ni
hebat dah sekarang ni. Empayar syarikat dia dah berkembang luas kat luar
negara. Cayalah, Qasha.” Fathir memberitahu Qayyim.
Qayyim kelihatan
begitu teruja. Air minuman tadi diletakkan di atas meja kembali. “ Betul ke,
Qasha?” soal Qayyim inginkan kepastian.
“Taklah hebat
sangat, Ayim. Biasa-biasa saja. Kau ni apa cerita? Kenapa kau duduk atas kerusi
roda?”Aqasha mengubah topic. Dia juga ingin tahu kenapa Qayyim berkerusi roda.
Fathir tidak pula memberitahu dia tentang keadaan diri Qayyim yang sebenar.
“Aku kemalangan
dan aku lumpuh.”jawab Qayyim lemah.
“Maafkan aku,
Ayim. Aku tak tahu kau kemalangan. Fathir, kau pun tak beritahu aku. Sampai
hati kaukan….”
“Tak apa, Qasha.
Aku dah okey dah. Dulu mula-mula memang tak dapat terima kenyataan tapi
sekarang ni, aku dah boleh terima. Hidup harus diteruskan.” Qayyim berkata
dengan penuh semangat. Mulai hari ini dia akan terus bersemangat. Dia tidak
mahu kelihatan lemah lagi selepas ini. Apa jua rintangan dan halangan yang dia
hadapi dia akan cuba
untuk bangkit semula. Dia tidak akan biarkan orang memperlekehkan kebolehan dirinya lagi
walaupun keadaan dia seolah-olah tidak bermaya.
“Mestilah kena
teruskan hidup sebab si bunga sentiasa ada di sebelah. Kalau si kumbang
menyerah kalah, si bunga akan cuba
memekarkan bunganya mengeluarkan haruman indah
yang akan membangkitkan semangat si kumbang semula.” Fathir mengusik.
Qaseh melirik
matanya memandang Fathir. Qayyim juga begitu.
“Sengal kau,
Fathir. Berfalsafah bagai. Tak adanya si bunga ke si kumbang. Si pelempang ada
kalau kau nak.”
Fathir ketawa
terbahak-bahak. Perutnya
ditekan-tekan. Muka Qayyim yang putih sudah merah. Sengaja dia mengusik untuk
melihat reaksi Qayyim.
“ Aku serius tak
faham apa yang korang bincangkan ni. Siapa si bunga dan siapa si kumbang?”
Aqasha mencelah. Dia mengangkat kening kanannya.
Dahinya berkerut. Cawan diletakkan semula di atas meja. Dia cuba berlagak biasa walaupun
matanya asyik memandang Qaseh yang langsung tidak memandang kepadanya.
“Tak ada apa,
Qasha. Fathir ni memang suka merapu.” Qayyim tidak berterus terang.
Fathir tersengih
seperti kerang busuk. Dia tahu yang Qayyim malu. Masakan tidak muka Qayyim
memerah akibat diusik olehnya tadi.
“Kau dah kahwin
belum, Qasha?” soal Qayyim ingin tahu. Umur mereka memang sudah cukup layak
untuk berkahwin. Tidak mustahil Aqasha juga turut berkahwin dan tinggalkan
Qayyim keseorangan membujang memandangkan Fathir juga telah berkahwin dan
memiliki sepasang cahaya mata.
Aqasha tersentak.
Dia memandang Qaseh tetapi gadis itu langsung tidak memandangnya. Aqasha tahu
yang Qaseh sengaja mengangkat buku menutupi wajahnya kerana tidak mahu
bertentang mata dengan dirinya.
Aqasha tersenyum
sumbing. “Tengah menunggu jawapan daripada seseorang. Tapi tetiba dia larikan
diri. Aku pun tak tahu apa salah aku. Gadis molek tepi kau ni masih single kan? Bolehlah aku masuk
jarum.”jawab Aqasha sedikit tinggi agar Qaseh memahami apa yang cuba
dia maksudkan.
Qayyim mula resah.
Patutlah dia perasan yang Aqasha curi-curi memandang Qaseh. Rupanya lelaki ini
berkenan dengan si minah ni. Tak boleh jadi ni. Minah senget ni tak boleh jadi
milik sesiapa. Qayyim tidak akan membenarkannya berlaku.
Qaseh hanya
memasang telinga. Dia malas nak menyampuk. Kang dia kena marah pula dengan Qayyim
nanti. Dia tahu yang Aqasha sengaja berkata sedemikian untuk memancing dirinya.
Jangan harap!
“Orang gaji aku ni pun kau nak ke? Tak ada
yang lebih bergaya ke, Qasha? Agak-agaklah, bro.” Qayyim ketawa dibuat-buat.
Hatinya memang sudah tidak tenang lagi. Sesekali dia melirik memandang Qaseh.
Ingin memberi amaran untuk tidak melayan Aqasha nanti.
“ Aku low profile, Ayim. Tak kisah siapa pun
dia yang penting hati baik. Kalau hati benci, macam mana nak hidup bersama. Tak
gitu, Cik PA?” Aqasha membalas membuatkan Qayyim bertambah resah mendengar
jawapan itu..
“Jomlah, keluar
makan. Aku belanja.” Qayyim terus mengubah topic agar tidak terus membicarakan
tentang hal yang membuatkan dia tidak duduk diam.
*************
“Terima kasih, bro
sebab sudi datang melawat aku. Ingat juga kau kat aku.”ucap Qayyim sambil
tangannya dihulurkan lalu disambut oleh Aqasha.
“Boleh aku
bercakap dengan PA kau sekejap, Ayim?”Aqasha dengan slumbernya meminta
kebenaran daripada Qayyim untuk bercakap dengan Qaseh.
Qayyim berkerut
dahinya. Begitu juga dengan Qaseh. Apa lagi lelaki ini mahu? Harap Qayyim tidak
dapat mengesan yang mereka pernah kenal malah pernah menjadi pasangan kekasih
suatu ketika dahulu.
“Untuk apa?”
Qayyim bertanya. Dia memandang Aqasha tajam sebelum pandangannya jatuh kepada
Qaseh yang sedang menunduk.
“Nak pesan sesuatu
aje. Sekejap aje. Bolehkan?”Aqasha masih berlagak biasa. Tidak dinafikan dia
sedar yang Qayyim seolah-olah berat untuk membiarkan dia berbicara dengan
Qaseh. Mungkin sahabat baiknya ini turut menyimpan perasaan kepada Qaseh.
Aqasha tidak akan pernah melepaskan Qaseh kepada sesiapapun.
“Okey…” Qayyim
membenarkan walaupun dalam keterpaksaan.
“Apa lagi yang you
nak, Qasha? I dah cakapkan yang I tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan
you?”
“I cuma nak cakap
yang I tak akan sesekali lepaskan you. Jadi jangan cuba
fikir you boleh lari dari I. I sanggup lakukan apa sahaja agar you tetap
milik I termasuklah buat perkara yang you tak sangkakan I akan buat. Ingat
tu.”pesan Aqasha separuh berbisik di telinga Qaseh.
“ You jangan nak
buat kerja gila!”
Aqasha tersenyum
senget.
“Semuanya atas
you. Okey, sayang. I balik dulu.”Aqasha menghampiri Qayyim semula meninggalkan
Qaseh yang berdebar mendengar
amaran itu.
**************
“Kau
kenal Aqasha?”
Soalan daripada
Qayyim itu mengejutkan Qaseh daripada lamunan panjangnya. Dari tadi fikirannya
masih tidak lepas untuk memikirkan amaran Aqasha itu. Dia tahu yang Aqasha
seorang yang begitu nekad. Sangat nekad. Perkenalan selama 2 tahun cukup
membuatkan Qaseh kenal siapa itu Aqasha yang sebenarnya.
“Tak.” Jawab Qaseh
pendek. Dia menghela nafas panjang. Telefon bimbitnya yang diletakkan di
dashboard kereta diambil. Mereka sudah dalam perjalanan pulang ke rumah.
“ Bohonglah.”
Qayyim tidak percaya.
“Suka hati.”
“Cakaplah. Kau
kenal Aqasha kan?”
Qaseh mendengus. Lelaki ni suka
sangat mendesak. Kalau kenal pun apa masalahnya? Hissh, tak ada privasi
langsung.
“Diam tu mesti
tengah mengata akulah tu.” Qayyim serkap jarang.
“Aku yang tanggung
dosa..”marah Qaseh.
“Aqasha tu sahabat
baik aku. Dah lama aku tak jumpa dia. Hari ini dapat jumpa dia kembali. Makin
kacak. Dia pun nampak
macam tertarik dengan kau. Tak sangka kau ni laku juga yea.”
“Hmmm…”
“Tapi aku tahu kau
kenal dia. Kalau tak kenal tak akanlah kau resah semacam aje aku tengok. Kau
kenal Aqasha kan?”
“ Tak penting.”
Qaseh masih berdolak dalih. Tidak mungkin dia akan ceritakan hal yang sebenar.
“Macam mana kau
boleh kenal dia?”soal Qayyim tidak berputus asa walaupun dia tidak mendapat
jawapan yang sebenar daripada Qaseh. Dia akan terus mendesak kerana dia percaya
yang Qaseh akan berterus-terang juga nanti.
“Sibuklah kau ni.
Jangan cuba
nak masuk campur dalam kehidupan peribadi aku boleh tak? Aku pun perlukan
privasi aku sendiri.” bentak Qaseh tidak puas hati.
“ Aku tanya saja
pun. Kau nak melenting apasal?”
“ Dahlah. Cepat
turun. Kau tu dahlah….” Qaseh tidak dapat meneruskan bicaranya apabila dia
menyedari dia sudah terlepas cakap.
“ Dahlah apa? Nak
cakap aku cacatlah tu.”mendatar saja suara Qayyim. Mungkin terasa hati dengan
Qaseh.
Qaseh tidak
membalas. Dia membantu Qayyim turun dari kereta apabila mereka sudah tiba di
rumah. Dia sedar akan silapnya akibat terlepas cakap tadi. Maafkan aku, sengal!
Aku masih marah lagi dengan Aqasha, kau pula asyik mendesak. Nasiblah!
NOTE :
terima kasih sudi membaca dan mengikuti kisah Qayyim dan Qaseh. Maaf andai ada yang tersilap ejaan atau apa jua kesilapan. Kalau tak kisah, tinggalkan komen sikit meh..nak kutuk nak maki , tak kisah. Hati kebal bak kereta kebal... hehe.. Terima kasih.