~ Sekali pandang, jantan. Berkali-kali pandang, tangkap cintan.
Nurul Zara Damia Alisya satu nama yang begitu indah maksudnya namanya. Diharapkan oleh ibu bapanya menjadi wanita tetapi apakan daya bila anak perempuan mereka memilih menjadi lelaki celup? Seorang gadis yang berperwatakan lelaki yang sering menjadi topik perbualan orang kampung kerana pakaian dan sikapnya yang kasar seperti lelaki.
Walaupun begitu, dia juga mempunyai hati dan perasaan. Ingin rasa disayangi dan dicintai oleh berlainan jantina. Perasaan terhadap Fariz, sahabat baiknya disangka akan dibalas juga dengan rasa cinta tetapi hatinya kecewa apabila Fariz melafazkan cinta bukan kepadanya. Gadis itu pasrah lalu membawa diri berhijrah ke kota menjadi insan yang baru.
“Aku sebenarnya tak sukakan lelaki. Nafsu aku kat lelaki langsung tiada. Aku sukakan perempuan. Nak ke hang kahwin dengan minah tomboi seperti aku ni?” Nurul Zara Damia Alisya.
Tanpa disangka, dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang sering menganggu hari-harinya. Izz Rayyan seorang lelaki yang tidak pernah berputus asa dalam memenangi hati Zara yang sekeras tembok besar China itu.
“Dulu arwah nenek saya cakap, jangan benci sangat kerana satu hari nanti takut jatuh cinta. Jadi kalau awak tak nak jatuh cinta dengan saya, awak tak boleh benci saya. tapi terpulang kat awaklah. Kalau awak jatuh cinta dengan saya, saya seribu kali cintakan awak. Pilihan di tangan awak sekarang. Jadi mana satu pilihan awak?” – Izz Rayyan.
Zara cuba menepis dan menghalang daripada jatuh cinta dengan Izz Rayyan namun takdir Allah siapa boleh menghalang. Mereka disatukan menjadi suami isteri. Rumahtangga mereka bahagia sehinggalah ada satu hari Zara meminta Izz Rayyan untuk berkahwin lagi!
Apakah Zara kurang sedar apabila membuat keputusan itu? Sanggupkah Zara memperjudikan nasib dirinya hanya kerana mahu melihat orang lain bahagia? Bagaimana pula reaksi Izz Rayyan? Setuju dengan rancangan gila isterinya itu atau menolak habis-habisan?