Lelakikah aku?

Lelakikah aku? 

Telefon bimbit S4 aku yang diletakkan di atas dashboard kereta Satria Neo berdering mengeluarkan lagu Hanya Aku nyanyian Hyper-Act. Jiwang tak aku? Aku suka dengan lirik lagu ni.
Tertera  di skrin S4 aku nama insan yang paling aku sayang dan sangat penting dalam hidupku. Tanpa dia hidup aku tak ada erti. Walaupun jarak antara kami jauh tetapi kami tetap dekat di ingatan dan yang paling penting di hati. Aku pasang handfree memandangkan ketika ini aku sedang memandu bagi menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum, mama sayang…”aku memulakan bicara.
“Waalaikumussalam. Amboi bersayang-sayang. Ada apa-apa ka hang ni?”
 Aku ketawa kecil. Mesti mama pelik. Bukan tak pernah aku bersayang tapi hari ini nada aku lain sikit. Mungkin rindu sangat kot sebab dah lama aku tak balik kampung. Maklumlah projek tengah banyak. Nak balik kampung nun jauh di Kedah pun tak sempat.
“Mama ni sensitif pulak. Nak bersayang sikit pun tak boleh. Rindu sangat tau kat mama Shaz yang meletop ni. Mama apa khabar?”
“Tulah hang tu. Bukannya ingat nak balik kampung dah. Buat apa tak tau yang sibuk sangat tu.”
“Mama, hujung minggu ni Shaz balik. Shaz tau yang mama dah rindu kat Shaz kan? Biasalah anak mama yang paling handsome.” Aku berseloroh.
Terdengar mama mencebik dari corong telefon. Perkara biasa bila mama buat apabila aku terperasan lebih. Haha…
“Balik minggu ni.  Abang dan adik Shaz semuanya dah bersetuju nak balik minggu ni. Shaz jangan pula tak balik. Kalau tak balik mama merajuk.” Ugut mama.
 “Ya mama. Shaz balik minggu ni. Bos Shaz tak bagi cuti pun Shaz cuti juga. Tak apa. Shaz sanggup berhenti kerja demi mama tercinta.”
“Eleh..Yalah tu. Okeylah mama ada kerja sikit. Balik tau. Kalau boleh bawak balik calon menantu sekali. Kot-kot raya ni boleh mama masuk meminang.”
Aku gelak kuat-kuat. Bukannya ikhlas pun tetapi sengaja.
“Baiklah mama. Hati-hati buat kerja. Sayang mama ketat-ketat. Assalamualaikum.”ucap aku. Handfree aku tanggalkan sebaik sahaja mama menjawab salam dariku. Kereta aku pandu  balik ke pejabat.
***************
Aku melangkah masuk ke dalam kedai menjual tudung. Sebelum aku pulang ke kampung esok pagi, aku ingin mencari sedikit buah tangan buat mama aku yang berada di kampung.
“Encik nak beli apa?”tegur seorang gadis. Mungkin ini jurujual kedai ini.
“Erm, saya datang sini nak beli tudung. Ada jual ikan ke kat sini?” Aku bertanya selamba. Sengaja nak buat lawak jenaka.
Gadis itu tersenyum.Merah mukanya menahan malu akibat pertanyaan daripadanya itu kurang masuk akal dan jawapan aku membuatkan dia berasa malu sendiri. Kalau dengan aku hati kena kebal.
“Encik cari tudung yang macam mana?” tanya jurujual itu lagi.
“Saya nak cari tudung untuk mama saya. Saya tak pandai nak beli yang macam mana.” Tangan aku membelek beberapa helai tudung yang tergantung di dalam kedai itu tetapi aku tak tahu nak pilih yang mana. Kalau ada binikan senang nak pilih untuk mak mentua. Erk? Sudah-sudahlah berangan, Shaz!
“Oh, umur mama encik berapa?”
 “Saya nak beli tudung bukannya nak suruh awak interview saya.” Aku balas sambil tersengih. Gadis itu berkerut dahinya. Amboii, comelnya muka dia bila buat macam tu. Geramlah pula! Macam nak saja aku cubit pipi dia yang gebu tu. Jangan Shaz. Bukan muhrim!
“Saya perlu tahu sebab nak tolong pilihkan untuk mama encik. Kalau tak tahu takut terpilih yang tak sesuai dengan umur pula.”jawab gadis itu tenang. Nasiblah kau dapat pelanggan macam aku. Haha.. Aku geli hati.
“Umur mama saya 55 tahun. Umur saya pula 28 tahun, masih muda dan masih bujang dan masih kacak. ” Aku sengih. Over betul kau, Shaz..
“Saya tanya umur mama encik aje. Saya tak berminat nak tahu umur awak.”balas gadis itu sambil tangannya menjalankan kerjanya mencari tudung buat mamaku di kampung.
“Awak comel bila marah. Dah berpunya ke belum?”tanya aku tak tahu malu. Apa kena dengan kau hari ni, Shaz? Merenyam semacam saja. Tak pernah-pernah aku berkelakuan macam ni.
“Tudung ni rasanya sesuai dengan mama awak.” hulur gadis itu tanpa menjawab pertanyaan aku.
“Kalau awak suka mesti mak mentua awak pun suka. Okeylah kalau gitu. Saya ambil satu.”usik aku lagi. Ulat bulu naik daun, dah!
Gadis itu terus mengambil dari tanganku lalu berjalan menuju ke kaunter untuk melakukan pembayaran.
“Adik, nanti tolong kirim salam kat cik adik tadi yea. Kirim salam sayang. Terima kasih.”pesan aku kepada jurujual sebelum mengangkat kaki meninggalkan kedai tersebut.
********************
Aku melabuhkan punggungku di sebelah mama yang sedang membuat kuih untuk makan petang. Abang dan adik aku masih belum sampai. Mungkin lewat petang nanti. Aku ni Subuh tadi dah bertolak dari KL balik ke Kedah. Aku tekan pedal minyak 140 km/j kerana mahu cepat sampai. Nasib baik Allah masih memelihara aku tadi. Kalau aku kemalangan aku yakin tak arwah mesti masuk ICU.
“Mama, nak buat kuih apa tu?”
“Nak buat cucur udang. Hang dah solat Zohor ka ni?”soal mama.
“Dah solat dah. Kuah kacang dah buat ka belum?” Cucur udang ni memang kegemaran aku. Dimakan pula dengan kuah kacang.Memang terbaik!
“Dah siap dah. Hang tu pi lah duduk berehat dulu. Tadi jalan jauh…”suruh mama.
Aku menggeleng. Tak adalah penat sangat pun memandu tadi
 “ Mama, Shaz nampak mama makin comel. Ada apa-apa ke?” usik aku sambil mengenyitkan mata kiriku.
Sudip yang dipegang oleh mama terus hinggap di kepala aku. Aku mengaduh kesakitan.
“Padan muka hang, Shaz.”
“La, Shaz puji mama pun kena marah? Awat yang sensitif sangat ni?”
Mama menjeling. Jelingan maut dia berikan kat aku. Aku sengih.
“Apa habaq dengan Pak Raihan tu? Sihat ka dia?” Aku ketawa kecil. Soalan aku ni pastinya akan mengundang kemarahan mama. Mama ni sensitif sikit dengar nama Pak Raihan ni. Maklumlah, mungkin malu kot dengan usikan aku tu.
“Tanya mama pasai apa? Pi lah tanya dia. Tak ada masa mama nak ambil tau pasal dia.” jawab mama acuh tak acuh. Aik? Muka mama dah lain.
“Awat  jawab macam tu? Tengah gaduh-gaduh manja ka dengan Pak Raihan tu? Amboi mama. Sweetnya depa. Gaduh-gaduh bagai!” aku mengusik mama lagi. Muka mama sudah bertukar merah. Malu gamaknya!
 “ Merapulah hang ni. Hang tu dok sibuk pasal mama dengan Pak Raihan, yang hang tu bila lagi nak bawak balik menantu kat mama?” Mama cuba mengubah topik. Aku tepuk dahi. Mama dah mula membalas serangan. Tak terbalas aku nanti.
“Mama, Shaz ada beli tudung kat mama. Harap mama berkenanlah. Shaz ni taklah pandai pilih sangat pun.”Aku bangun dari duduk lalu masuk ke dalam bilik mengambil bungkusan tudung yang aku beli semalam.
Mama agak teruja. Itulah mama. Setiap kali dia dapat hadiah daripada anak-anak, setiap itu jugalah kita boleh nampak perasaan terujanya. Mama sangat-sangat menghargai pemberian daripada anak-anaknya.
“Pandai Shaz pilih. Cantiknya… Mama suka.” Puji mama lalu menyarungkan tudung yang aku hadiahkan itu ke kepalanya. Cantik!
“Bukan Shaz pilih. Bakal menantu mama yang pilih. Rasanya lulus kot kalau nak jadi menantu mama?” aku dengan tanpa rasa bersalah terus menjawab. Shaz oo Shaz. Memang buang tabiat sungguh.
Mama terkejut seketika. Wajah aku dipandang penuh tanda tanya. Mungkin mahu aku menjelaskan sesuatu.
“Shaz main-main ajelah mama. Tapi bukan Shaz yang pilih. Jurujual yang pilih.”aku mula bercakap jujur. Takut pula aku. Dibuatnya mama suruh aku bawak balik nanti, mati aku weyh!
Muka mama mula hampa. Aku mendekati mama lalu aku peluk dia erat. Dagu aku letakkan di atas bahu mama.
“Nanti bila dah tiba masanya, Shaz kahwin okey. Mama jangan risau. Shaz ni straight tau. Lelaki sejati.”
“Mama cuma risau kalau mama tak sempat nak tengok menantu mama. Tak tutup rapat mata mama nanti.”keluh mama hampa.
Aku melepaskan nafas panjang. Kasihan tu memanglah kasihan tapi aku ni tak cenderung untuk berkahwin lagi. Macam mana tu? Haissh!
*********************
“Abang Shaz, boleh tolong ajarkan Fiq buat laporan ni?” Aku ambil kertas dari tangan Fiq lalu aku tengok. Menerima permintaan daripada Fiq untuk menolongnya membuat laporan tentang projek yang baru masuk itu. Dia budak baru lagi. Baru berkhidmat 3 bulan tapi hasil kerjanya bagus. Aku suka orang macam Fiq ni. Eh! Suka dengan sikap dia bukan suka dia tau!
“Senang saja ni. Nanti aku bagi kau laporan sebelum ni. Aku nak kau tengok contoh dari situ. Kalau tak faham juga baru tanya aku lagi. Okey?” Fiq mengangguk. Bukan aku tak nak tolong tapi aku ada kerja yang perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. Jadi pandai-pandailah dia menelaah sendiri.
“Aku masuk dulu. Nanti cari aku kat dalam bilik.”aku meminta diri.
“Err abang Shaz!”
Langkah aku terhenti lalu aku menoleh ke belakang. Keningku diangkat.
“Keluar lunch tak?” soal Fiq.
“Tak tahu lagi. Kenapa?”
Fiq berjalan mendekati aku. Aku nampak mata dia memandang tepat ke anak mata aku. Hey! Dah kenapa dengan lelaki ni? Huh!
“Jom keluar makan dengan saya. Saya nak keluar lunch.”ajak Fiq. Tak pernah-pernah dia ajak, hari ini dia ajak. Macam pelik saja.
 “InsyaALLAH tengoklah dulu. Aku tak sure lagi.”jawab aku acuh tak acuh. Aku tak suka berjanji. Risau kalau tidak ditepati tak ke munafik jadinya.
“Okey. Apa-apa beritahu saya ya. Saya harap abang Shaz sudi keluar makan dengan saya.”kata Fiq dengan penuh pengharapan.
Aku angguk lalu mengangkat kaki ke bilik. Banyak lagi yang nak kena fikir selain daripada perkara itu.
*****************
“Abang Shaz dah ada seseorang yang istimewa ke?”soal Fiq tiba-tiba. Aku keluar lunch dengan Fiq hari ini. Aku menyetujui ajakan dia tadi untuk keluar makan tengah hari bersama. Kasihan pula. Lagipun dia beria-ria nak belanja aku. Aku ni kalau bab orang belanja, jarang aku tolak. Jimatlah katakan.
“Kenapa kau tanya?”
Fiq menggeleng.
“Aku tak ada sesiapa lagi. Malas nak fikir tentang semua tu. Tak penting.” Aku tak suka bab ni dibangkitkan. Entahlah. Tak ada perasaan.
Fiq mengukirkan senyuman. Dah kenapa dengan budak ni? Tersenyum-senyum. Tak faham betul aku..
“Okeylah kalau begitu. Saya pun single lagi. Samalah kita.” Fiq memberitahu tanpa ditanya.
Aku mengangguk. Rasanya tak perlu kot aku tahu dan dia memberitahu aku tentang statusnya sebab aku langsung tak berminat untuk tahu.
*******************

Keadaan KTM sesak dengan penumpang. Pagi tadi kereta aku buat hal tak nak hidup.
“Bila pula nak sampai ni? Pagi ni dahlah aku mesyuarat.” Jam dipergelangan tangan aku tatap. Hanya beberapa minit sahaja lagi waktu pejabat akan bermula. Memang mati aku dengan bos sekejap lagi.
“Tak baik merungut. Ni melatih kita sabar tau.”satu suara kedengaran. Aku toleh ke sebelah kanan, seorang wanita cina sedang membaca majalah. Aku toleh kiri pula namun aku lihat seorang budak lelaki berpakaian seragam sekolah. Aku dengar tadi suara perempuan yang menegur aku. Aku toleh belakang. Dahi aku berkerut. Macam pernah nampak perempuan ni.
“ Kalau tak nak lambat naiklah kapal terbang. Tak sempat nak panas punggung dah sampai.”perli perempuan itu lagi.
“Jangan nak menyibuklah!”marah aku. Orang tengah marah boleh pulak dia memerli aku.
“ Hai, marah kita pula. Hari itu bukan main lagi punya baik.”ujar perempuan itu.
Aku toleh ke belakang. Hari itu? Bila?
“Tak ingat saya lagi ke? Hmm, macam mana tudung tu? Mak awak berkenan?”
Aku berkerut dahi lagi. Aku cuba menatap wajah perempuan di hadapan aku ni. Sepantas kilat aku senyum. Aku kenal perempuan ini.
“Gadis kecil yang kerja kat kedai jual tudung tukan?” aku cuba membuat pengesahan. Rasanya aku ingat dia.
Perempuan itu tersenyum. Hati aku yang panas tadi terus sejuk.
“Buat apa kat sini?”aku bertanya.
“Nak makan. Haha.” Dia gelak. Comelnya. Aku pun satu. Tanya soalan tak berasas langsung.
“Saya Shaz. Shazwan Harris. Awak?” Aku perkenalkan diri aku. Nak cover malulah katakan.
“Saya Zara.”
Diam seketika. Masing-masing tak tahu nak cakap apa. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Haish! Siapa pula yang kacau line ni? Fiq? Mesti dia nak tanya aku kat mana sekarang ni. Pelik aku dengan dia sekarang. Sikit-sikit telefon. Naik rimas aku. Aku keluarkan telefon lalu aku tutup. Tak kuasa nak melayan.
Suara operator sudah berbunyi. Memberitahu bahawa sudah sampai ke destinasi. Aku pandang Zara. Gadis itu sedang sibuk dengan telefon pintarnya. Dompet aku dikeluarkan lalu aku ambil kad.
“Nah. Nanti telefonlah saya. Mana tahu saya nak beli tudung ke untuk mama saya.” Aku sengih. Kad itu disambut lalu ditatap seketika.
“Terima kasih.”
 “Awak punya kad?” Dengan rasa tidak malu aku bertanya. Mana boleh. Dia dapat nombor telefon aku, aku mesti dapatkan nombor telefon dia juga.
“Nanti saya mesej awak. Saya pergi dulu. Hati-hati.” Zara terus melangkah keluar sebaik sahaja pintu train terbuka. Aduhai. Melepas aku!
******************
“Abang, sebenarnya Fiq sayangkan abang.”luahan Fiq itu membuatkan aku tercengang. Tangannya yang memegang tangan aku pantas aku tarik. Badan aku sandarkan ke belakang kerusi.
“Kau ni dah kenapa, Fiq? Geli aku weyh!” Aku ketawa dibuat-buat. Sambil kepala digeleng-gelengkan.
“Fiq betul-betul sayangkan abang. Fiq nak kahwin dengan abang….”rayu Fiq.
Gulp!
Aku lantas mengangkat punggung. Nafas aku tarik dan aku pandang muka Fiq.
“Kau sedar tak apa yang kau cakap tu? Kau lelaki, aku lelaki. Mana boleh kahwin! Nabi tak mengaku umatlah hubungan sejenis. Kau jangan buat kerja gila weyh!”
“Tapi Fiq sayangkan abang. Kita couple?” rayu Fiq lagi.
Meremang bulu roma aku. Memang budak ni dah gila. Patutlah baik semacam aje dengan aku. Rupanya peminat aku dalam diam. Kalau aku tahu dia minat kaum sejenis memang tak adalah aku nak berbuat baik dengan dia. Sekarang aku dah susah. Aku pernah dengar ada orang cakap yang gay ni sanggup buat apa sahaja demi mencapai harapannya untuk mendapatkan sesiapa yang dia nak. Takut pula aku bila teringatkan kata-kata itu.
“Argh! Aku tak nak layan kau. Aku balik pejabat dulu.” Terus aku angkat kaki beredar dari situ. Pandai-pandailah dia nak balik nanti memandangkan dia naik satu kereta dengan aku. Aku memang tak pernah sangka yang selama ini Fiq tu berminat dengan aku. Tahulah aku kacak tapi janganlah sampai kaum sejenis pun minat. Aduhaiii! Dunia dah nak kiamat….
***************
Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja katil aku capai. Aku nak menelefon mama. Rasanya sudah dua hari aku tak telefon ke kampung.
“Assalamualaikum, mama!”aku memulakan perbualan.
“Walaikumussalam, Shaz. Hai, baru ingat nak telefon mama ka?”Mama memerli aku. Tak apa. Aku tak kisah sebab memang salah aku pun.
“Sorry mama. Sibuk sikit. Mama sihat?”
“Mama sihat. Hang sihat ka? Bila nak balik kampung pula?” Mama bertanya.
“Tak tahu lagi mama. Kalau tak sibuk, Shaz balik.”
“Sibuk memanjang hang ni. Kalau asyik sibuk saja bilalah nak kahwin? Hmm”
Aku ketawa. Mama dah mula.
“Mama, tolong carikan untuk Shaz boleh?”
Giliran mama pula ketawa. Amboi mama. Bab ketawakan aku memang pandai. Aku tunggu kata-kata perlian mama yang seterusnya.
“Mama tak salah dengar ka?”tanya mama. Terasa sampai tulang rusuk kot.
“Iya. Mama tak silap dengar. Shaz serahkan kat mama nak pilih menantu mama. Shaz tak pandailah nak pilih.”
“Tak menyesal?”
“Mama! Shaz serius ni. Shaz sebenarnya takut ni. Baru-baru ni ada orang melamar Shaz untuk jadi suami dia.”
“Habis tu? Hang terima? Siapa perempuan tu? Gila brutal.” Mama terkejut. Namun ada suara teruja kedengaran dari corong telefon.
 “Masalahnya dia bukan perempuan. Kalau dia perempuan dah lama Shaz terima mama.”
“Habis tu?”
“Dia lelaki. Gay!”
“Ya ALLAH. Hang jangan Shaz nak buat perkara terkutuk tu. Nabi tak mengaku umat anak oii….”
Aku ketawa. Tahu pun terkejut. Dunia sekarang ni semua dah terbalik. Lelaki suka lelaki, perempuan suka perempuan. Itulah tanda-tanda nak kiamat. Zaman jahiliah kembali semula.
“Gila Shaz nak buat macam tu. Gelilah mama!” Aku menghabiskan sisa-sisa ketawa aku.
“Kalau macam tu, esok mama mulakan misi mencari menantu mama. Tak boleh jadi ni. Mau dibuatnya hang ni terpesong, tak sanggup mama nak terima Shaz!”
Aku gelak! Mama ooo Mama. Kelakar betul.
“Okeylah Shaz. Mama nak solat Isyak dulu. Nanti bila free hang telefon lagi. Jaga diri dan yang paling penting, jangan nak terpesong suka kaum sejenis pula. Mama tak mengaku Shaz anak tau nanti.” Pesan mama.
“Baiklah mama sayang. Jaga diri mama juga. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Klik! Aku letak telefon di atas meja semula. Kepala aku dongak memandang syiling rumah. Memikirkan masa depan. Kerja ada, jawatan ada, rumah ada, kereta ada, rupa lagilah ada. Tapi aku kekurangan satu benda iaitu keluarga bahagia. Maksud aku, isteri dan anak-anak.
**********************
“Shaz, boleh balik hujung minggu ni?”soalan pertama yang terpacul dari mulut mama sebaik sahaja telefon diangkat. Tak sempat nak bagi salam. Mesti ada hal penting ni.
“Hujung minggu? Boleh kot. InsyaALLAH. Kenapa mama?”
“Mama nak pergi merisik seseorang untuk hang. Tapi hang baliklah dulu. Mama nak tunjuk gambar dia.” Tudia! Mama dah jumpa calon yang dia berkenan. Harap-harap kena juga dengan taste aku.
“Cepatnya mama. Anak siapa yang mama pergi kutip tu?” aku berseloroh.
“Ada pula pergi kutip. Hang balik dulu. Mama nak tunjuk kat hang.”
“Mama, mamakan pakai telefon pintar. Apa kata mama wechat Shaz aje gambar gadis tu. Tak payahlah Shaz nak balik.”
“Eh, aku tak reti nak berwechat apa semua tu. Tak kira. Hang balik juga minggu ni. Stop!” Mama mula bertegas.
“Yalah… Shaz balik. Garang macam mak singa.” Aku ketawa.
“Ha tau takut. Pergilah sambung kerja hang tu. Maaf, mama ganggu.”
“Tak apa mama sayang. Bye. Assalamualaikum.”
Aku sengih. Mama memang mama aku yang terbaik. Walaupun arwah abah dah tak ada, tapi aku tak pernah rasa kehilangan itu kerana semua itu telah diisi dengan kasih sayang daripada mama walaupun pada hakikatnya aku sangat merindui arwah abah.
Pintu diketuk dari luar. Aku betulkan duduk.
“Masuk!”
“Fiq ganggu abang ke?”
Sotong ni dah datang. Nak apa pula kali ini? Semenjak dia meluahkan perasaan kat aku, hidup aku memang tak tenang. Dia selalu saja menawarkan diri untuk ikut aku kemana sahaja aku pergi kalau melibatkan kerja walaupun tidak melibatkan bidang dia. Naik rimas aku.
“Nak apa?” tanya aku serius. Aku buat-buat pandang dokumen di atas meja. Tak berkelip.
“Ni, Fiq ada bawakan makanan untuk abang. Fiq tahu abang tak keluar lunch tadi. Mesti abang laparkan?”
Aku angkat kening. Kepala pun aku angkat memandang hidangan KFC yang dibawa oleh Fiq itu. Bau ayam KFC tu memang membuatkan perut aku bernyanyi minta diisi.
“Okey. Letak kat situ. Ada apa-apa lagi ke?”
“Tak ada… Harap abang suka.” Fiq mengukirkan senyuman sebelum mengangkat kaki nak meninggalkan bilik aku. Loya tekak aku dengan senyuman itu. Nak goda akulah tu!
“Errr! Fiq kejap!”
“Ada apa abang?”
“Nah duit untuk KFC ni.” Aku menghulurkan not RM50 kepadanya. Setakat hari ini aku tahu sudah banyak dia habiskan duitnya untuk aku. Tak patut pula aku ambil kesempatan itu.
“Tak apa abang. Fiq ikhlas.”
“Aku kata ambil, ambil!”
“Tak apa. Abang makanlah. Fiq tak minta bayaran pun.”
Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Aku lihat skrin S4 aku. Tak ada nama panggilan. Bermakna nombor barulah. Siapa pula ni?
“Siapa tu, abang?” Fiq mula mendekat. Itulah kelakuannya setiap kali telefon aku berbunyi.
“Hmm, tak ada sesiapa.” Aku jawab acuh tak acuh.
“Siapa dia? Fiq nak tahu!” desak Fiq. Haissh! Kang ada juga yang makan penampar ni. Sibuk hal orang.
“Tunang aku! Asal?” Aku angkat kening. Muka Fiq dah lain. Padan muka kau!
“Abang dah bertunang?”tanya Fiq.
“Yup. So sekarang kau jangan nak mengharap kat aku. Aku dah nak kahwin. Yang penting dengan seorang wanita dan bukannya seorang wanita jadian macam kau.”Aku sengih. Jahat mulut aku ni, aku tahu. Tapi ini untuk menyedarkan dia. Bukan menghinanya.
“Tak apa. Baru nak kahwin. Bukan kahwin lagi. Lagipun orang kahwin pun boleh bercerai, inikan pula baru bertunang. Fiq langsung tak risau. Makan sampai kenyang tau, abang. Fiq beredar dulu.” Fiq melangkah keluar.
Aku tepuk dahi. Parah macam ni!
***************************
“Minggu depan mama masuk meminang, bulan depan nikah? Okey?” Mama begitu teruja apabila memberi kata persetujuan selepas aku melihat gambar yang mama pilih itu. Cantik. Tapi aku rasa macam pernah nampak. Tak kisahlah. Asalkan mama suka. Itu yang penting.
“Tak cepat sangat ke mama?”
Paha aku ditampar kuat oleh mama.
“Hang tu dah tua. Kena buat cepat-cepat. Kalau lambat nanti lambat lagilah aku dapat cucu.” Mama berleter.
“Yalah. Ikut suka mamalah. Shaz ikut aje.” Aku malas nak fikir sebenarnya hal-hal ini semua. Kahwin ni pun sebab terpaksa. Kalau tak kerana Fiq, tak adanya lagi aku nak kahwin.
“Tercapai juga hasrat mama nak tengok Shaz kahwin. Tak sabar mama nak tengok Shaz bersanding, lepas tu dapat anak. Mesti anak comel macam opah dia.”
Aku sengih. Jauh sangat dah mama melalut tu. Tunang pun belum dia dah fikirkan tentang cucu. Aku kena powerlah macam ni. Hehe….Terserlah dah kegatalan aku!
“ Nanti telefonlah dia. Ajak dia pergi beli barang kahwin yang mana hang tau. Lagipun dia kerja kat sana juga. Senanglah nak keluar sekalipun.”
“Dia kerja kat mana?”
“Kat KL. Butik kakak dia. Nanti hang tanyalah dia kat mana. Mama nak bagitau pun mama tak tau nak sebut.”
Aku angguk. Baiklah mama.
*********************

+ salam, kerja ke tidak?
Aku mesej Hanis. Bakal tunang aku. Nak telefon rasa segan pula. Hari ini aku cuti. Saja ambik cuti 2 hari sebab mama dah mula berleter sebab tak beli apa-apa lagi persiapan untuk tunang dan berkahwin. Aku malas tau, mama!
Beberapa minit kemudian, dengar mesej masuk ke peti masuk aku. Cepat-cepat aku buka. Aku merengus geram. Dari Fiq rupanya. Tak pernah serik betul budak ni. Macam-macam sudah aku kata kat dia namun langsung tak makan saman.
Fiq : Saya rindu abang.
Geli aku! Tak boleh jadi. Aku kena berhadapan dengan Fiq juga. Nak suruh dia berhenti mengganggu aku. Penatlah macam ni. Dalam aku marah, mesej masuk lagi. Kali ini baru betul. Aku senyum.

Hanis : x kerja. Nape?”
Aku   : Jom keluar. Mama dah bising. X beli barang lagi.
Hanis : Baiklah. Nak jumpa kat mana?
Aku  : Send alamat awak. Sy pergi ambil.

Aku bangun dari baringku. Nak pergi bersiap. Nak keluar dengan bakal isteri. Kali pertama nak dating ni. Berdebar-debar pun ada. Sabar Shaz, sabar!

***********************

“Assalamualaikum. Saya dah ada kat luar. Rasanya betul kot ni alamat rumah awak.”beritahu aku sambil memerhati keadaan rumah. Aku pasti ini adalah alamat rumahnya. Pintu aku buka lalu kaki aku menjejaki tanah.
“Tunggu kejap. Saya dah nak keluar rumah.”
Beberapa minit kemudian, kelihatan seorang gadis kecil keluar dari rumah. Aik? Macam pernah tengok dia ni. Siapa? Siapa? Siapa?
“Eh awak bukan Zara ke?” Aku terkejut apabila melihat Zara yang keluar. Ke aku salah rumah? Aku garu kepala. Pening!
“Yalah. Nama saya Nur Zara Hanis. Amboi, nama bakal tunang sendiri pun tak tahu.” Zara berpeluk tubuh. Bibir mungilnya mengukirkan senyuman manis. Senyuman yang mencairkan hati aku.
“ Bukan tak tahu tapi keliru. Tapi saya tengok Hanis dalam gambar lain. Betul ke tidak ni? Pening, pening.”Aku garu kepala lagi. Tak faham…
“Itu gambar saya 3 tahun lepas. Muka tak mature lagi. Sengaja saya bagi gambar itu untuk tunjukan kat awak. Nak tengok awak kenal saya ke tidak. Tapi… awak tak kenal! Sedih!” Zara mencebik.
Aku sengih. Patutlah macam pernah tengok. Kenapalah aku asyik lupa saja ni. Itulah otak asyik kerja, kerja, kerja. Semua benda dilupakan.
“Jomlah. Nanti lewat pula.”ajak aku. Aku tunjuk macho aku dengan membukakan pintu untuknya. Barulah lelaki sejati.
Di dalam kereta masing-masing diam. Tak tahu nak memulakan perbualan macam mana. Aku berdehem beberapa kali. Membetulkan anak tekak aku untuk memulakan perbualan.
“Sudi ke terima saya jadi suami awak?”tanya aku secara berhadapan. Malu aku tau!
“Selagi awak sudi terima saya jadi isteri awak.” Cewah! Ayat dia memang terbaik.
“Saya akan cuba untuk terima. Kita sama-sama tak kenal. Jujur saya cakap, awak adalah pilihan mama saya. Saya serahkan semuanya pada mama saya. Jadi saya rasa itulah yang terbaiklah sebab mama saya pun dah sukakan awak.” Aku sengih.
“Saya pun. Saya sebenarnya serah semuanya pada ibu. Bila ibu cakap ada orang nak datang merisik, saya iyakan sahaja. Bila mama awak tunjukan gambar, saya rasa awak adalah jodoh saya. Entahlah. Hati ni terlalu kuat nak menolak awak.” Dia tertunduk malu.
“Saya rasa sebulan cukup kot untuk kita kenal-kenal. Kalau yang lain-lain tu kita kenal lepas kahwin, okey?” Aku angkat kening. Mata tetap fokus pada pemanduan walaupun kadang-kadang menoleh memandangnya di sebelah.
“Saya ikut saja.”jawab Hanis pendek.
Aku angguk. Aku terus belok masuk ke tempat parkir kereta pasaraya Sogo.
“Okey, kita nak pergi mana dulu?” Hanis bertanya.
“Sebelum tu saya nak beli baju kerja. Baju lama dah lusuh sangat dah. Boleh awak tolong carikan untuk saya?”
Dia mengangguk. Kami beriringin berjalan masuk ke dalam kedai pakaian menjual baju. Dia pilih dengan tekun. Aku hanya menjadi pemerhati. Memang aku gagal bab memilih baju ni sebab selama ini mama yang tolong belikan untuk aku.
“Awak cuba yang ni.” Hanis menghulurkan baju kepadaku. Aku ambil dan belek. Warna ungu. Warna kegemaran aku kot. Aku sengih.
“Memang sesuai. Ungu adalah kegemaran saya.” Aku senyum.
“Abang Shaz…!!!”jerit satu suara lelaki.
Aku toleh dan aku tepuk dahi. Apa lagi budak ni nak?
“Apehal?”Aku tanya sambil menjeling. Tak kuasa aku nak melayan dia. Sengaja nak spoil mood aku yang gembira membeli-belah ni.
“Abang janji nak keluar dengan Fiq. Fiq rindu abang sangat-sangat. Tak senang hati ni tau kalau sehari tak tengok abang.”Dia peluk lengan aku. Aku terkejut lantas tarik tangan aku dengan pantas. Aku tengok muka Hanis. Gadis itu berasa pelik. Tolonglah Fiq, jangan nak buat hal kat sini.
“Hey kau ni kenapa? Aku tak janji apa-apa pun dengan kau. Tolonglah! Blah!” Aku halau dia pergi. Aku tarik tangan Hanis untuk beredar.
“Abang, janganlah buat Fiq macam ni. Fiq sayang abang!”jerit Fiq.
“Rimaslah macam ni weyh! Aku tumbuk muka kau nanti!”aku menjerit sambil mencekak kolar leher bajunya. Aku genggam penumbuk. Hampir sahaja penumbuk ini melayang ke mukanya. Nasib baik Hanis sempat menghalang.
“Sudahlah awak. Malulah bergaduh kat sini.” Hanis berasa cemas.
“Peringatan terakhir ni. Lain kali buat macam ni lagi, mati kau! Dah jom Hanis! Kita balik!” aku terus menarik tangan Hanis berambus dari situ. Meninggalkan Fiq yang terkial-kial ketakutan keseorangan di situ.
******************

“Maafkan saya.”aku meminta maaf kerana menakutkan dia tadi dengan menarik tangannya kasar. Bukan aku sengaja tapi aku geram sangat dengan Fiq. Budak gila tu!
“Kenapa dia jadi macam tu?” tanya Hanis.
“Dia sukakan saya. Dia gay. Siap ajak saya kahwin lagi. Geli tekak saya ni tau..” Aku menggelengkan kepalaku beberapa kali. Tak dapat bayangkan.
Hanis ketawa. Aku toleh memandangnya disebelah. Tarik muka. Protes.
“Patutlah nak kahwin cepat, rupanya ada peminat misteri.” Hanis menghabiskan sisa ketawanya.
“Malaslah macam ni.”nada merajuk. Okey, untuk tarik perhatian niat sebenar aku. Aku geli hati.
“Mengada! Dahlah jom. Kita pergi cari kat tempat lain. Harap-harap dia tak ikut.”Hanis ketawa kecil.
Hamboih! Seronoknya ketawakan aku. Hmm..
************************
“Kenapa abang sanggup buat saya seperti ini?” Hanis menumbuk dada aku sambil menangis sebaik sahaja pintu dibuka. Aku kehairanan.
“Kenapa ni? Abang buat apa?”aku bertanya. Cuba menenangkan isteri aku yang sudah diamuk rasa marah.
“Abang tengok ni apa abang dah buat? Hanis percayakan abang rupanya ini yang abang balas kat Hanis?” Dia melepaskan tangan yang aku genggam lalu berjalan ke arah meja. Sampul surat putih di atas meja diambil lalu diberikan kasar kepada aku. Aku buka.
“Astarfirullahalazim.”serta-merta mulut aku beristifar. Aku pandang muka Hanis lalu mengangkat kaki mendekatinya namun dia semakin menjauh. “ Abang tak buat semua ni, sayang.” Aku menegakkan kebenaran.
“Abang nak cakap gambar tu tipu? Diedit?”balas Hanis tidak percaya.
“Ada orang nak kenakan abang. Please, sayang. Trust me!”
Hanis tepis tangan aku kasar. Aku berdaya juga memeluk pinggangnya dari belakang.
“Abang tak buat perkara terkutuk macam tu, sayang. Sayang kena percayakan abang.”
“Apa penjelasan abang?” Hanis mengelap airmatanya.
“Mungkin ini kerja Fiq. Dia tu sampai sekarang selalu ganggu abang. Dia berdendam dengan abang.”
“Apa buktinya?”
“Sayang percayakan abang. Abang tak akan sanggup buat seperti itu. Ini semua fitnah.”aku bersungguh-sungguh. Gila ke apa aku nak buat seperti itu? Aku masih ada iman dan pegangan hiduplah.
“Hanis tak percaya. Abang dah ragut kepercayaan Hanis.” Hanis masih lagi dengan tangisannya.
Aku letak dagu di atas bahunya. Isteri yang aku kahwini 3 bulan yang lepas ini adalah nyawa aku sekarang. Dialah segala-galanya bagi aku. Sepanjang 3 bulan perkahwinan, hubungan kami baik sehinggalah hari ini. Tapi kerana Fiq, budak gila tu telah merosakkan kepercayaan Hanis kepada aku. Aku akan buat perhitungan dengan dia.
**********************
Aku ketuk pintu rumah Fiq beberapa kali. Masih juga tidak dibuka.  Aku ketap bibir. Geram betul.
“Sudahlah abang. Jom kita balik.”ajak Hanis yang sudah malas menunggu dari tadi. Riak wajah dia dah berubah kebosanan.
“Tak nak. Abang tak akan balik selagi abang tak jumpa dia. Kerana dia, kita bergaduh. Abang perlu lakukan perhitungan dengan dia.”Aku menolak ajakan Hanis untuk pulang. Semuanya harus diselesaikan hari ini juga.
“Err, abang Shaz…” Aku toleh apabila mendengar satu suara memanggil nama aku. Berbara hati aku sebaik sahaja memandang wajah itu. Aku berjalan mendekatinya namun dihalang oleh Hanis.
“Jangan halang abang!”jerkah aku. Aku tolak tubuh Hanis ketepi. Aku memang dah hilang kewarasan.
Baju dia aku cekak. Satu tumbukan hinggap di pipi Fiq. Hanis cuba menghalang aku namun aku tidak mengalah. Budak ini harus diajar supaya beringat untuk tidak lagi menganggu rumah tangga orang.
“Apa ni abang? Apa salah Fiq?”soal Fiq sambil memegang bibirnya yang mula berdarah.
“Kau tanya aku kenapa? Kau ni tak puas hati apa dengan aku haa??”Jerit aku. Dush! Satu tumbukan lagi aku berikan padanya.
“Fiq buat apa abang?”
“Kaukan yang hantar gambar aku dengan kau kat isteri aku kan?”
Fiq menggeleng laju. Tidak mengaku.
Dush! Satu tumbukan singgah di pipinya. Malam ini aku nak cari kebenaran yang sebenarnya. Aku tidak kisah jika aku terpaksa masuk lokap sekalipun asalkan aku dapat kembalikan kepercayaan Hanis kepada aku.
“Kau nak mengaku atau nak mati malam ni?”ugut aku.
Fiq diam. Dia tidak menjawab pertanyaan aku. Aku angkat tangan untuk menumbuknya sekali lagi.
“Baiklah abang, baiklah!”kata-kata Fiq itu membuatkan aku tidak jadi untuk menambah tumbukan di pipinya.
“Cepat bagitahu sebelum aku….”
“Ya, Fiq yang buat semua tu! Fiq buat sebab Fiq tak suka tengok kebahagiaan rumahtangga abang. Abang tu milik Fiq. Fiq sayang abang!”luah Fiq sambil menangis. Tangan aku cuba dirangkul. Cepat-cepat aku tarik.
“Kau ni dah kenapa? Kau sedar ke tidak yang kau tu lelaki? Kembalilah ke pangkal jalan, Fiq. Aku sedih tengok saudara seagama dengan aku jadi macam ni. Nabi tak mengaku umat, Fiq.”Aku cuba tenangkan diriku. Tak guna pun marah-marah walaupun hakikatnya hati aku tengah berbara.
“Tapi Fiq sayangkan abang. Fiq perlukan abang dalam hidup Fiq.”rayu Fiq lagi. Aku garu kepala. Sejurus kemudian, aku pandang Hanis. Memohon pendapat daripadanya.
Hanis datang mendekati aku dan Fiq.
“Fiq… Fiq sayangkan abang Shaz kan?”soal Hanis lembut. Mungkin mahu memujuk.
Fiq mengangguk.
“Kalau Fiq sayangkan abang Shaz mesti Fiq nak tengok abang Shaz bahagiakan?”
Fiq mengangguk lagi.
“Kalau begitu, Fiq tak boleh buat abang Shaz macam tu. Kasihan abang Shaz. Tak pasal-pasal kakak tumbuk dada dia sebab gambar yang Fiq hantarkan kepada kakak tu. Fiq tak boleh terus macam ni.”
“Tapi…”
“Kau fikir-fikirlah, Fiq. Aku memang tak boleh nak ikut rentak kau. Kita berbeza. Satu saja aku pesan, tolong kembali ke pangkal jalan. Lagi satu, aku mohon kau buang gambar aku yang kau edit tu. Tak senonoh kau tahu…” Aku tergelak kecil. Doa di dalam hati agar dia berubah kembali ke pangkal jalan.
Fiq datang dan terus memeluk aku. Aku tercengang. Hanis mengangguk tanda dia mahu aku sambut pelukan Fiq itu.
************************
Pintu aku diketuk dari luar. Aku angkat kepala dan bibir aku memberi keizinan untuk masuk. Kelihatan seorang lelaki yang sudah hampir 1 tahun aku tidak bertemu dengannya sejak dia berhenti kerja.
“Hai abang Shaz…”tegur Fiq ceria. Bibirnya mengukirkan senyuman. Penampilan dia hari ini berbeza dengan sebelum ini. Nampak lebih macho. Mesti sedang bahagia. Kalau begitu, syukurlah.
“Hey, bro. Apa khabar? Lama tak muncul, hari ni tiba-tiba muncul. Apa hal?” Aku menyalami Fiq. Aku bingkas bangun lalu mengajaknya duduk di sofa yang terletak di sudut pejabat aku.
“Alhamdulillah baik. Tujuan saya datang sini sebab nak beri kad jemputan. Jangan tak datang pula. Bawa kak Hanis sekali. Saya sangat-sangat mengharapkan abang dapat datang.”
Aku sambut huluran sampul yang berwarna putih. Sejurus kemudian, aku pandang wajah Fiq dengan mengecilkan mataku.
“Kau jangan cakap yang kau kahwin dengan sama spesies? Aku tak nak pergi. Geli weyh!” Aku ketawa dibuat-buat.
“Abang ni. Saya dah tak buat benda macam tu. Jangan risau. Saya kahwin dengan seorang wanita. Jemputlah datang.” Fiq tersenyum. Dia melihat jam di tangan. “ Okeylah. Saya kena gerak dulu. Saya berkejar sekejap datang sini sebab nak jemput abang.”
“Tahniah!” Aku bersalam dengan Fiq.
“Abang, terima kasih ubah saya. Kalau tidak sampai sekarang saya masih lagi dengan dunia sesat saya.”
“Bukan aku ubah kau tapi itu adalah kehendak kau sendiri. InsyaALLAH aku akan datang. Nak juga tengok wanita hebat yang berjaya buat kau kembali ke jalan yang lurus tu. Tahniah sekali lagi, Fiq. Aku bangga dengan kau.”
“Saya minta diri dulu.”
Aku tersenyum. Alhamdulillah. Itulah yang aku harapkan dari dahulu lagi.
*******************
“Shaz, semalam Pak Raihan datang.”ujar mama malu-malu. 
“Datang buat apa?”tanya aku.
“Dia… dia…”Tersekat-sekat mama mahu meluahkan bicaranya. Aku tersengih. Mesti ada hal yang penting ni.
“Dia masuk meminang mama?”soal aku serkap jarang.
Mama mengangguk lalu tertunduk malu.
“Baguslah. Mama setuju ke?” aku dah sengih hingga ke telinga. Muka mama dah mula merah.
“Kalau Shaz setuju?”tanya mama tanpa menjawab soalan aku.
“Shaz setuju. Lagipun Shaz kasihan kat mama. Asyik sensorang aje kat rumah ni.”
“Kalau begitu, mama lagi setuju!”jawab mama ceria.
“Amboi mama! Semangatnya. Tak lama lagi dapatlah bapa baru.”usik aku.

Mama tampar paha aku lalu berlalu pergi ke dapur. Kalau lagi lama di sini, mungkin mama takut kena bahan dengan aku. Ucapan syukur meniti di bibir. Syukur. Fiq sudah jumpa dengan pasangannya manakala mama pula bersetuju untuk berteman setelah sekian lama membujang. Aku? Aku sekarang dah ada 3 orang anak iaitu 2 orang lelaki seorang perempuan. Aku sangat bahagia bersama si gadis kedai tudung tu. Alhamdulillah. 

--hope enjoy baca cerpen merapu dari saya ni. Terima kasih yer... Nak komen? dialu-alukan sngat!