Bab 12
Qaseh sudah penat.
Dari tadi dia asyik mencuba baju itu baju ini. Namun ada saja komen daripada Qayyim.
Nampak
macam orang
tualah, macam makcik-makciklah, macam penari kelab malamlah. Macam-macam.
“Aku letih,
sengal!” rungut Qaseh. Perutnya
pun sudah berbunyi. Sudah hampir sejam mereka berada di butik pakaian ini.
Sehelai baju pun tidak terbeli lagi.
“Kau cuba
yang ini pula.”Qayyim menyerahkan blouse kepada Qaseh untuk dicuba. Blouse itu
disambut seraya Qaseh melangkah lemah menuju ke bilik persalinan. Qayyim
tersenyum sendiri. Sukanya dia membuli gadis genik itu. Padahal gadis itu pakai
apapun cantik cuma Qayyim suka mengambil kesempatan untuk mengenakan Qaseh.
“ Excuse me. I minta jalan sikit.”suara wanita
menegur Qayyim. Qayyim yang menyedari silapnya terus menolak kerusi rodanya
sedikit bagi memberi laluan kepada wanita yang menegurnya tadi.
“ Eh, you ke Ayim.
You buat apa kat sini?”
Qayyim mengangkat
muka. Terkedu dia seketika apabila melihat wajah wanita yang pernah dia cintai
dulu dan sekarang dia masih lagi menyintai Sofea. Gadis itu cinta pertamanya.
Tidak mudah untuk dia melupakan begitu sahaja.
“Honey, dah selesai belum?” seorang
lelaki yang berjambang, usianya dalam lingkungan 40-an menghampiri Sofea.
Qayyim tetiba
diserang rasa sakit hati. Mungkin ini teman lelaki baru Sofea.
“Siapa ni?” Qayyim
menyoal ingin tahu.
“Erkk…” Sofea
seolah-olah berat untuk mengenal lelaki yang memanggilnya ‘honey’ itu.
“I Fakir. Bakal
suami Sofea and you?”tanpa menunggu
Sofea menjawab, Fakir terlebih dahulu mengenalkan diri.
Qayyim tersentak.
Tidak sangka dirinya ditolak dan Sofea lebih memilih lelaki tua ini untuk
dijadikan teman hidup. Qayyim berasa jengkel. Sofea terlalu mengejar
kesempurnaan. Dia tidak kisah sesiapapun asalkan dia dapat cari yang sempurna
itu.
“ Tahniah. Dah nak
kahwin rupanya. Jangan lupa jemput I, Sofea.” Qayyim bermanis muka. Segaris
senyuman direka bagi mengaburkan rasa kegusaran di jiwa.
“ Ayim! Yang ni
macam mana?” Qaseh keluar dari bilik persalinan menuju kepada Qayyim untuk
bertanyakan pendapat daripada lelaki itu.
“Cantik sangat
sayang. Yang ni memang sesuai untuk sayang.” Qayyim terus memuji.
Mulut Qaseh
ternganga. Lelaki ni dah kenapa? Kenapa bersayang-sayang ni? Dah buang tabiat
ke apa? Qaseh memandang Qayyim inginkan penjelasan. Lelaki itu hanya
mengenyitkan mata kanannya.
Apa maksudnya tu?
“ Siapa ni, Ayim?”
Sofea bertanya.
Qaseh mengalihkan
pandangannya kepada Sofea dan Fakir. Siapa pula perempuan cantik dan lelaki tua
ini? Mungkin perempuan ini kawan Qayyim dan lelaki tua ini adalah bapa kepada
perempuan ni. Qaseh membuat andaian sendiri.
“ Lupa pula nak
kenalkan. Ini Minah, bakal isteri Ayim. Nanti
Ayim hantar kat jemputan ya.”
Apa kes
kenalkan aku sebagai minah dan siapa pula yang nak kahwin dengan dia? Qaseh
bermonolog sendiri. Masih tidak memahami situasi yang sebenarnya.
“Yeke? Tak sangka
dia taste you.” Sofea menyindir.
Qaseh panas hati.
Agak-agaklah perempuan ni. Kang
aku bagi penampar percuma saja kat pipi tu.
“Bila hati dah
terpikat, apapun tak kisah dah.”jawab Qayyim tenang. Dia menjeling sekilas
untuk melihat riak wajah Qaseh. Qaseh sedang merenung tajam kepada Sofea.
Haish, macam nak cari gaduh nampak gayanya tu?
“ Tak ada ke
perempuan yang lebih bergaya dan cantik untuk dibuat isteri ke Ayim? I tahu you
terdesak sebab I tinggalkan you tapi tak akanlah begini teruk taste you. I simpati dengan you, Ayim.”
Sofea berterusan membuatkan Qaseh dan Qayyim sakit hati. Dia cemburu apabila
Qayyim cepat sangat mendapat gantinya. Dia ingatkan lelaki cacat seperti Qayyim
ini tiada siapa yang nak tapi telahan dia salah.
“ Jadi inilah
bekas tunang abang? Cantik tapi sayang. Biadap orangnya.” Qaseh membalas sambil bibirnya
menuturkan senyuman palsu.
Sofea terkejut. Begitu
juga dengan Qayyim. Beraninya perempuan ni.
“ Jaga sikit mulut
you.” Sofea memberi amaran.
“ Maafkan saya
kerana lantang berbicara. Tapi tolonglah hormat orang sikit. Kalau awak dah tak nakkan Ayim,
tak perlulah hina dia seperti itu. Awak dah ada kehidupan awak dan Ayim akan
teruskan kehidupan baru dia. Buat apa lagi nak memperlekehkan siapa pilihan
hati dia? Apa tujuan awak yang sebenarnya?” Qaseh terus menghamburkan
ketidakpuasan hatinya. Sakit hatinya mendengar
butir bicara Sofea tadi. Tapi yang lebih menyakitkan hatinya adalah dia
merendah-rendahkan Qayyim.
“ Jangan nak
tunjuk lagak kat sini. Sedar diri sikit aku ni adalah perempuan pertama yang
ada dalam hati dia. Aku yakin dia masih cintakan aku.”Sofea tidak mengalah.
“Tapi dia pilih
saya untuk dijadikan isteri dia. Awak boleh balik cari lelaki lain. Pakcik,
jaga anak pakcik ni baik-baik. Jangan lupa ajar dia cara nak menghormati orang.”balas Qaseh.
Membulat mata
Sofea apabila Qaseh menggelarkan Fakir sebegitu. Qayyim sudah menahan tawanya.
Ini baru kena buku dengan ruasnya. Boleh tahan juga si Minah ni.
“Maafkan saya.
Saya ni bakal suami dia.” Fakir membetulkan sangkaan Qaseh.
Qaseh terkesima.
Dia nak tersenyum tetapi ditahan. Ingatkan anak dengan bapa tadi. Kan dah tersilap.
“Kau nikan….”
“Sudahlah, honey. Jom kita pergi. Tak perlu layan orang seperti ini.”Fakir
terus menarik tangan Sofea supaya beredar dari situ. Risau juga nanti kalau
terjadi sebarang pergaduhan.
***********
“Terima
kasih.”ucap Qayyim ketika mereka keluar dari butik pakaian setelah hampir 2 jam
berkampung di situ.
“Oh, sama-sama.
Kecil punya hal. Perempuan macam tu memang ke ajar macam tu.” Qaseh berceloteh
panjang.
“Tolong jangan nak
perasan sangat boleh tak? Aku berterima kasih sebab kau bayarkan baju ni untuk
aku.” Qayyim menekan perkataan bayar itu bagi Qaseh mengerti maksudnya.
Qaseh membulatkan
matanya. Dia perli aku? Sengal punya lelaki.
“Yalah. Terima
kasih sebab sudi belikan baju untuk aku. Tapi aku tak ikhlas tau berterima
kasih ni.” Qaseh membalas lemah.
“Aku tak suka kau
buat Sofea macam tu.”
Qaseh memandang
Qayyim sambil dahinya berkerut.
“ Kau telah
memalukan dia. Dia ada hati dan perasaan juga. Kau memang tak patut buat dia
macam tu.”
“Aku tolong kau
pun kena marah balik?”
“Tu bukan tolong.
Itu namanya ambil kesempatan. Satu lagi, kau jangan nak berangan nak jadi
isteri aku. Walaupun Sofea buat aku macam mana sekalipun, dia tetap ada di
dalam hati aku. Bukan kau, bukan orang
lain.”tegas Qayyim menambahkan rasa sebal di hati Qaseh.
“Aku sedar diri
dan untuk pengetahuan kau, aku tak pernah terlintas dalam fikiran aku ni nak
terima lelaki macam kau jadi suami aku. Aku nak berhenti kerja.”hambur Qaseh
menonong berjalan meninggalkan Qayyim di belakang.
Qayyim mengigit
bibirnya. Dia cuba
memperlajukan lagi kelajuan kerusi rodanya. Cuba untuk mengejar Qaseh.
**************
Sofea
menghempaskan badannya kasar ke kusyen kereta. Wajahnya masam. Dadanya berombak
menahan marah. Sakit hati dengan perempuan yang menghinanya tadi. Maruahnya
seperti dipijak-pijak.
“Sudahlah honey. Jangan dilayan orang seperti tu.” Fakir cuba menenangkan hati kekasihnya
itu.
“ Dia dah hina
I.”Sofea membalas marah.
“Anggap saja dia
tu tak betul. Kalau you layan, you pun sama tak betul macam dia.” Fakir memberi
cadangan. Tali pinggang ditarik. Enjin kereta dihidupkan.
Sofea menampar
lengan Fakir kuat. Bertambah rasa sakit hatinya apabila mendengar ungkapan Fakir tadi.
“You ni sengaja
nak mempertahankan perempuan tukan?”tuduh Sofea. Dia mencari salah Fakir pula.
Sofea , Sofea.
“Sayang, I dah
cakap tak payah layan. Jadi tak payahlah. You dah ada I kan atau you memang masih menaruh harapan
kat si cacat tu dan cemburu bila dengar dia dah nak kahwin?” Sebal juga hatinya
apabila Sofea kelihatan beria-ria marah. Terbit rasa cemburu di sudut hatinya.
“ I akan balas
dendam.”
“Jangan!”halang
Fakir.
“Kenapa?”
“Biarkan dia ya.
Kita teruskan hidup seperti biasa.” Fakir memujuk.
“Nope! I akan
tebus balik maruah I.”
Fakir hanya
menggeleng. Dasar keras kepala!
*************
Qaseh menoleh ke
belakang. Lelaki sengal itu dari tadi mengekori dirinya. Tak letih ke dia? Aku
dah cukup letih mencuba untuk melarikan
diri daripada dia tapi tidak juga berhasil. Apa lagi lelaki ni nak sebenarnya?
“Kau pergi
baliklah. Aku dah malas nak kerja dengan lelaki ego macam kau ni.”ujar Qaseh
lemah. Dia melabuhkan punggungnya di perhentian bas bagi merehatkan dirinya
yang sudah kepenatan.
“Kau tahu tak ada
kes tau dua hari lepas kat bus stop ni.”
Qayyim membuka cerita. Dia cuba
mengurut tangannya yang sudah lenguh memusingkan kerusi rodanya itu. Itulah
degil sangat nak pakai kerusi roda biasa. Mamanya ada mencadangkan supaya
menggunakan kerusi roda automatic namun Qayyim menolak dengan alasan kalau
menggunakan kerusi roda automatic tidak perlulah dia mengupah Qaseh untuk
menjadi pembantunya.
“Kes apa?” Qaseh
berminat ingin tahu. Wajah lelaki itu dipandang sebelum dia memeluk tubuh.
“Seorang perempuan
mati akibat dirompak dan dirogol beramai-ramai. Aku tak pastilah cerita ni
betul ke tidak tapi aku baca dalam internet. Tragis jugalah aku baca.” Qayyim
bercerita. Wajahnya sangat serius.
Matanya memerhati sekeliling. Petang sudah mula menginjak ke malam. Jalan raya
juga sedikit lenggang. Hanya tinggal beberapa buah kereta sahaja yang melalui
jalan itu. Sememangnya jalan ini agak sunyi pada sebelah malam. Banyak juga kes
jenayah yang dilaporkan berlaku di sini.
Qaseh mengetap
bibir. Dia bangun dari duduknya lalu berjalan mendekati Qayyim.
“Kau jangan nak
takutkan aku. Aku tak dengar apa-apa pun.” Qaseh mencantas kenyataan Qayyim
tadi.
“Tak percaya
sudah. Aku harap kau cepat-cepat mengucap. Aku chou dulu. Terima kasih sebab
sudi menyusahkan aku selama ni. Pasti aku akan rindu kat kau.”ujar Qayyim
memusingkan kerusi rodanya berkira-kira mahu meninggalkan Qaseh berkeseorangan
di situ.
“Ayim!”jerit
Qaseh. Namun langsung tidak diendahkan oleh Qayyim. Lelaki itu semakin menjauh.
Qaseh memandang sekeliling. Tiba-tiba bulu romanya menegak. Dadanya sudah
berdebar-debar.
“Ayim! Tunggu
aku!” jerit Qaseh berlari anak mendapatkan Qayyim.
“Kenapa ikut aku
ni?”soal Qayyim berpura-pura tidak mengerti. Geli hati dia melihat wajah Qaseh
yang sudah pucat menahan ketakutan. Tahu pun takut. Padan muka. Nak lari dari
aku sangatkan? Rasakan. Detik Qayyim di dalam hati.
“Aku terlupa yang
baju-baju aku masih ada kat rumah kau.”jawab Qaseh. Suaranya bergetar. Menahan
rasa takut. Egonya masih menggunung agar tidak mudah diperkotak katikkan oleh
Qayyim. Mesti lelaki itu sedang mengertawakan dirinya. Lantaklah!
“Cakap sajalah kau
takut.” Qayyim mencebik.
Qaseh hanya
membisu. Tak puas hati lelaki ni kalau sehari tak kenakan dirinya. Apapun
selepas dia berkemas nanti, dia akan pergi dari hidup Qayyim. Dia sudah tidak
sanggup lagi nak terus biarkan dirinya dipermainkan oleh Qayyim. Dia letih!
“Dah tu tak reti
nak tolak aku ke? Aku dah letihlah…”Qayyim bersuara.
"Akukan dah berhenti kerja.”Qaseh berkeras.
“Okey. Jadi tak
payahlah ikut aku balik rumah. Kaukan dah berhenti kerja.”
Qaseh mengigit
bibir. Macam mana ni? Perlu ke dia memperhambakan dirinya untuk kali terakhir
buat lelaki ini? Qaseh memaksa dirinya untuk membantu menolak kerusi roda
Qayyim. Dia harap itu kali terakhir dia berkhidmat untuk lelaki itu.
Qayyim tersenyum
bangga. Sayang juga dia kat aku. Detik hati kecil Qayyim. Bahagia.
note
: terima kasih sebab sudi melawat dan membaca kesinambungan cerita
tentang Qayyim dan Qaseh. Maaf apa yang kurang...typo dan ayat yg agak
tidak teratur...maafkan saya yea... enjoy your reading.. Love u all..
<3