Kalau Itu Cinta, Katakanlah!
“Fizi, kamu sudah ada someone special dah ke?” tanya Datin Farah tiba-tiba sebaik sahaja Fizi melabuhkan punggungnya di atas sofa. Setiap minggu Fizi pasti akan datang melawat Datin Farah. Sekadar bertanya khabar Mak Teh dan Pak Teh yang sememangnya dia rapat berbanding dengan saudaranya yang lain.
Fizi mengerutkan dahinya. Kenapalah tiba-tiba Mak Teh
bertanya hal yang agak sensitif ni. Baru sahaja nak sejuk akibat terkena panas
matahari di luar, Mak Teh bertanya soalan panas pula.
“Tak ada Mak Teh. Kenapa?” Fizi bertanya.
“Mak Teh ada seorang anak angkat. Dia pun single
lagi. Cantik dan kecil molek aje. Sopan santun dan berbudi bahasa lagi. Kalau
tak percaya cuba
tanya Pak Teh” Bersungguh-sungguh Datin Farah menceritakan perihal anak
angkatnya itu.
Fizi hanya mendengar dengan penuh minat. Tapi dia masih
kurang jelas dengan apa yang cuba
dimaksudkan oleh ibu saudaranya itu.
“Maksud Mak Teh?”soal Fizi bagi mematikan teka-tekinya itu.
“Kalau kamu nak berkenalan bolehlah Mak Teh bagi nombor
telefon. Nak tengok gambar dia pun Mak Teh ada. Kejap ya.” Note II yang
diletakkan di atas meja diambil oleh Datin Farah. Galeri gambar dibuka lalu
disuakan kepada Fizi
“Cantikkan?” Datin Farah terus bertanya.
Fizi memerhati dengan penuh minat. Cantik! Mata, hidung,
kening dan mulutnya semuanya cantik bagi pandangan mata Fizi. Tak berkelip
matanya menatap gambar itu.
“Cantiklah juga, Mak Teh. Tapi tak akanlah tak ada boyfriend
lagi kot.” Fizi sekadar menduga. Dia kurang percaya gadis secantik ini tidak
mempunya teman istimewa.
“Betullah, Fizi. Memang dia single lagi sekarang.
Nak mencuba tak? Kamu tu dah kena fikirkan tentang kahwin dah. Umur makin
meningkat, aset semua dah ada. Tunggu apa lagi? Kahwin sajalah.” Datuk Halim
mula menyampuk bagi menyakinkan Nafizie.
“Betul cakap Pak Teh tu. Nak tunggu apa lagi? Kamu
berkenalan dulu dengan Ina dulu, kalau kamu tak berkenan tak apalah. Mungkin
tak ada jodoh.”
Fizi mengulum bibirnya. Kepalanya yang tidak gatal digaru.
Nak ke tak nak? Dia pun single lagi. Berkenanlah pula bila tengok gambar
gadis tu.
“Nama apa tadi? Ina apa?” Fizi bertanya.
“Zaina Qistina. Kami panggil Ina aje.”
Nama sedap. Sesuai dengan tuan empunya diri juga. Fizi
memuji di dalam hati.
“Tak payah nak fikir lagi. Mak Teh dah hantar contact
number kat Fizi, terpulanglah.. Kalau nak berkenalan pun di alu-alukan. Mak
Teh teringin nak dia jadi salah seorang ahli keluarga kita. Dia baik
sangat.”puji Datin Farah.
“Tengoklah macam mana Mak Teh. Nanti Fizi fikir-fikirkan.”
“Terpulanglah kat kamu, Fizi. Pak Teh dan Mak Teh yakin dia
gadis yang baik.” Datuk Halim cuba
menyakinkan Fizi sekali lagi.
Fizi sekadar tersenyum.
****************
“Ina!”panggil satu suara sebelum Zaina melangkah masuk
kerja semula setelah waktu rehat tamat. Zaina menoleh untuk melihat empunya
suara.
“Mummy… Kenapa datang tak beritahu dulu ni? Nasib baik Ina
dah habis waktu rehat. Kalau tidak jenuh pula mummy nak menunggu Ina.” Zaina
menyalami Datin Farah. Dia begitu terkejut dengan kehadiran mak angkatnya itu
tetapi dalam masa yang sama dia gembira. Terubat juga rindunya pada mummy
kesayangannya ini.
“Tak apa. Mummy pun kebetulan aje lalu sini.” Datin Farah
menjawab.
“Jemputlah masuk dulu. Customer tak ramai sekarang
ni. Biasalah tengah-tengah bulan macam ni.”
“Tak apalah. Mummy nak cepat ni. Hmm, mummy nak tanya ada
tak yang tegur Ina dalam whatsapp ke viber ke sms ke?”
Zaina berkerut dahinya. Seingat dia tak ada pula nombor
baru yang berbuat demikian.
“Tak ada… Kenapa?”soal Zaina.
“La yaka? Fizi ni karut sungguh. Nanti mummy send
nombor telefon kat Ina. Anak saudara mummy tu. Tegurlah dia. Dia tu pemalu
sikit.”
“Maksud mummy?”
“Saja mummy nak kenalkan Ina dengan Fizi ni. Dia single,
Ina pun masih single. Apa salahnya berkawankan…”
Zaina mengangguk. Sekarang baru dia faham apa yang cuba
disampaikan oleh Datin Farah. Sebelum ini Zaina adalah berlawak suruh mummynya
ini carikan seseorang. Tak sangka pula Datin Farah betul-betul serius.
“Berkawanlah yea. Jangan risau, dia single.” Datin
Farah tersenyum. “ Okeylah, mummy nak minta diri dulu. Nanti bising pula big
boss tunggu kat dalam kereta tu.”
“Terima kasih, mummy.” Zaina mencium tangan Datin Farah
dengan penuh hormat sebelum Datin Farah melangkah pergi.
“Tak salahkan perigi cari timba. Wink! Wink!” Zaina
tersengih. Dia nak buat muka tak tahu malunya. Bukan apa, demi kebaikan
bersama.. Haha
***************
Zaina taip, Zaina padam kembali. Taip padam taip padam.
Beberapa kali dia mengulangi hal yang sama. Betul ke apa yang dia buat ni?
Perlu ke dia yang mulakan dahulu semua ini?
+ Assalamualaikum
Akhirnya Zaina mengambil keputusan untuk menegur terlebih
dahulu. Kalau tak ada sesiapa yang mulakan dahulu, macam mana nak berkenalan
pula.
- Waalaikumussalam.
“Eh, dia jawablah….” Zaina tersenyum sendiri.
+ Saya Zaina Qistina. Awak?
- Saya Nazirul
Nafizie.
“Sedap namanya. Mesti orangnya handsome dan cute sesuai
dengan namakan?” Zaina mengutarakan pertanyaan buat dirinya sendiri. Dia sedikit
teruja apabila mendapat kawan baru setelah berapa lama dia berasa sepi. Tanpa
kehadiran kawan lelaki kerana pintu hatinya masih tertutup rapat untuk menerima
orang lain. Tapi entah bagArfana, Zaina begitu gembira apabila dapat berkenalan
dengan lelaki ini. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia menerima orang lain
dalam hidupnya.
****************
“Aku tengok kau happy saja sejak dua menjak ni. Ada apa-apa yang aku tak
tahu ke?” tegur Jasmin yang merupakan kawan baik kepada Zaina. Pelik dia
melihat Zaina sejak belakangan ini. Asyik tersenyum seorang diri di depan
telefon. Mesti ada sesuatu ni.
“ Tak ada apa-apalah.”jawab Zaina acuh tak acuh. Masih leka
dengan telefon bimbitnya.
“Kau ni dah lainkan. Sekarang ni bila ada cerita baru bukan
nak share dengan aku. Tak apalah. Aku merajuklah macam ni..”
Zaina mengalihkan pandangannya kepada Jasmin. Ala, sensitif pula rakan
baiknya ini.
“Halaa… Aku sekarang dah ada Mr Cute.” Zaina berterus-terang.
“Siapa?”
“Anak saudara mummy aku. Nazirul Nafizie namanya. Tapi kami
kawan aja. Aku suka tengok muka dia. Cute!”
Zaina tersengih. Matanya kembali kepada skrin telefon. Tak lain tak bukan
sedang berchit chat dengan En Cutelah.
“ Nak tengok…” Jasmin tidak jadi merajuk. Perangai busy
bodynya sudah berjangkit kembali.
“Cute tak?” Zaina
menyuakan telefon bimbitnya kepada Jasmin. Gambar yang tertera di skrin telefon
ditatap penuh minat.
“Cutelah. Baby
face.” Puji Jasmin. Matanya tetap di skrin telefon.
“Sudah-sudahlah usha Mr Cute
aku tu. Jangan nak lebih-lebih pula.”
“Untunglah sekarang dah ada Mr Cute. Kita juga yang single lagi.”Jasmin mendayukan suaranya
memohon simpati.
Zaina tergelak kecil.
“Kawan okey kawan. Tak lebih dari itu.”
“Tapi aku doakan agar kawan akan bertukar menjadi cinta
seterusnya bercinta hingga ke syurga. Aku gembira sebenarnya bila tengok kau
gembira macam ni. Dah terlalu lama kau menderita, mungkin sinar bahagia sudah
muncul untuk menyinari hidup kau, Ina. Aku doakan yang terbaik.”
“Aamiin. Moga-moga. Kalau ada jodoh tak kemanakan?”
Jasmin mengangguk.
“Mr Cute ajak aku
keluar.”Zaina memberitahu.
“Good news. Apa lagi setujulah.” Jasmin tetiba
bertukar menjadi ceria selepas mendengar apa yang diberitahu oleh Zaina tadi.
“Tapi aku kerjalah. Dia cuti aku kerja, aku kerja dia cuti.
Dia ada kata kat aku, bangla pun cuti tau hujung minggu. Sentap weyh!” Zaina
tersengih.
“Small matter. Aku boleh ganti tempat kau.
Pandai-pandailah kau kelentong boss. Nanti aku backup dari belakang.”
“Betul ni?”
“Yalah. Aku nak kau bahagia. Itu aje.” Jasmin menepuk
belakang Zaina perlahan.
“Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat. Terima kasih
banyak-banyak.”
Zaina terharu.
*****************
“Jasmin, aku kena tipu…” Airmata Zaina mula mengalir
membasahi pipi mulusnya.
“Hey, kenapa ni? Siapa yang tipu kau?” Jasmin mula cemas.
Dia menarik tangan Zaina untuk ke tempat yang terperuk sedikit dari pandangan
orang lain.
“Dia sebenarnya tengah tunggu seseorang. Girl dia….”
Zaina berkata sambil teresak-esak.
“Siapa? Mr Cute?”
Zaina mengangguk.
“Mummy aku cakap dia single
dan aku pun ada tanya dia dah. Kalau dah ada yang punya, aku tak mahu kawan.
Aku perasan, Jasmin. Orang tak sukakan aku pun tapi aku yang terlebih.”
“Sabar dulu, Ina. Kau tak boleh salahkan diri sendiri. Kita
ni perempuan mudah jatuh cinta. Hati kita ni lembut. Sebrutal manapun perempuan
tu tetap akan rasa jatuh cinta sebab memang lumrah kita sebagai perempuan macam
tu. Kau kena ingat tu…”
“Apa yang perlu aku buat sekarang?”
Jasmin menghela nafas perlahan sebelum tangan Zaina ditarik
ke dalam genggamannya.
“ Aku rasa lebih baik kau jauh daripada dia terlebih
dahulu. Dia ada bagitau kat mana girl dia
tu?”
“Baru balik dari oversea.”
“Bagi aku cuba
jarakkan diri daripada dia dahulu. Dia tak jujur tak bestlah macam ni. Dia
telah main-mainkan perasaan kawan aku. Dia tak sepatutnya buat kau macam ni.
Aku tak sukalah kau kecewa macam ni.”
“Jangan salahkan dia. Aku saja yang terlebih angan-angan.
Aku sedih, Jasmin.”
Jasmin memeluk bahu Zaina. Dia cuba untuk menenangkan Zaina supaya
sabar dengan semua ini.
“Ini bermakna kau dah mula sayangkan dia. Sekarang ni kau
diamkan diri, kau biarkan dia berterus-terang. Aku yakin dia akan sedar
perubahan kau nanti. Tapi terpulanglah kat kau. Aku cuma bagi cadangan.
Tindakan tu kau yang kena mulakan dahulu.”ujar Jasmin agak keras suaranya.
“Aku akan cuba
diamkan diri daripada mesej dia. Aku ikut nasihat kau, Jasmin.” Zaina memberi
kata putus.
*****************
+ Nape diam aje, Comot?
+ Klau sy ada salah, sy minta maaf.
+ hari ni sy ada perlawanan futsal. Doakan erk?
+ sorry. Girl yg sya kata tu dia suruh sy tunggu tapi
langsung tak beri kata ptus smpi skrg. Hati pun dah tawar dan cuba utk trima org lain.
+ Comot, sorry… :(
Zaina mengeluh kuat. Sudah dua hari dia menahan dirinya
daripada membalas setiap mesej yang dihantar oleh Fizi. Tanpa sedar air matanya
mengalir lagi. Dia tidak sampai hati nak biarkan Fizi terus bercakap seorang
diri.
“Kau kenapa menangis lagi ni?” Jasmin yang sedang mengira
stok menyedari Zaina sedang menangis terus mengemukan pertanyaan. Ini pasti
pasal Mr Cute lagi.
“Dia dok hantar mesej kat aku. Aku tak sampai hati nak
endahkan. Macam mana ni?” adu Zaina.
“Jadi apa yang kau fikirkan sekarang?” Jasmin kembalikan
soalan dengan soalan.
“Apa maksud dia ‘hati dah tawar dan cuba untuk terima orang lain’,
Jasmin? Siapa orang lain tu? Aku tak mahu jadi orang yang perasan.”
“Maksudnya dia tunggu girl
tu dah lama dan dia dah tawar hati. Jadi hati dia dah bersedia untuk terima
orang lain. Itu maksudnya.”
“Pada pendapat kau, apa yang perlu aku buat?”
“Terpulang. Atas kau. Aku tak boleh buat keputusan untuk
kau.”
Zaina diam sejenak sebelum kembali berbicara.
“Aku akan balas mesej dia. Tapi hanya sebagai seorang kawan.”
Zaina membuat keputusan.
“Bagus. Setkan dalam minda tu yang kau dan dia hanyalah
kawan. Jangan letak pengharapan langsung sekarang kat dia, Ina. Aku tak mahu
kau kecewa masa hadapan. Girl dia tu
tak beri kata putus, tak mustahilkan satu hari nanti girl dia akan datang dan terus bersetuju untuk Fizi? Kau juga yang
merana, Ina. Aku nasihat ni bukan untuk takutkan kau tapi aku nak kau fikir
panjang. Kemungkinan yang bakal berlaku masa depan. Kita kena fikir semua tu.”
“Terima kasih, Jasmin. Aku akan ikut nasihat kau.”
“Kawan okey kawan?”
“Yea, kawan okey kawan!” Zaina terenyum manis. Air mata
yang bersisa disapu bersih. Dia tidak mahu sedih-sedih lagi. Cukuplah dia hanya
digelar teman biasa oleh Fizi, Zaina sudah bersedia.
******************
Zaina membuat persiapan akhir. Bajunya dipandang sekilas
sebelum melangkah keluar dari bilik. Hari ini dia akan bertemu muka mata
bertentang mata untuk kali pertamanya setelah beberapa bulan hanya maya menjadi
penghubung antara mereka.
“Itu Ina dah keluar dah. Jaga anak pak cik baik-baik tau.
Pak cik ingat muka kamu.” Zaina mendengar pesanan daripada ayahnya itu buat
Fizi yang sedang tersenyum di hadapan ayahnya. Nampak mukanya pucat. Takut ke? Zaina
geli hati.
“Baiklah, pak cik. Saya minta diri dulu.” Ujar Fizi
perlahan. Dia langsung tidak memandang ke arah Zaina.
“Ina, pergilah. Jangan balik lewat sangat. Hati-hati bawa
kereta tu, Fizi.”
“InsyaALLAH pak cik.” Sebaik sahaja dia bersalaman dengan
ayah, Fizi terus melangkah keluar dari rumah. Dadanya yang berdebar-debar cuba
di kawal supaya tidak dikesan oleh sesiapa. Ini baru kali pertama dia datang
mengadap untuk meminta kebenaran mahu keluar dengan anak dara orang. Mahu tak
luruh jantung ni.
Zaina mengikut dari belakang.
“Masuklah.”Ujar Fizi kepada Zaina sebelum dia melangkah
masuk ke dalam perut kereta.
Zaina hanya tersenyum. Sepanjang perjalanan masing-masing
mulut seakan-akan terkunci. Hanya ditemani lagu yang terpasang. Fizi pula terus
tertumpu pada pemanduan. Langsung tidak mengalihkan pandangannya kepada Zaina.
“Kita nak pergi mana ni?” Zaina yang kurang selesa dengan
keadaan seperti ini memulakan bicaranya. Dari tadi dia menunggu Fizi membuka
mulut tapi hampa. Tetap juga membisu.
“ Makan.”jawab Fizi ringkas.
Zaina menganggukkan kepalanya beberapa kali.
“Selepas itu?”soal Zaina lagi.
“Ikut awaklah.”
Zaina berkerut dahinya. Dia ajak aku keluar, dia suruh ikut
aku? Fizi ooo Fizi. Nampak sangat Mr Cute
aku ni gementar. Geli hati sungguh Zaina melihatnya.
“Boleh pula macam tu? Awak ajak saya keluar awak suruh saya
tentukan kat mana nak pergi? Mana boleh macam tu…” Zaina ketawa kecil. Suaranya
cuba
diceriakan bagi memancing Fizi yang sukar sangat nak membuka mulut. Pemalu
sangat tapi Zaina suka. Ina, kawan okey kawan….
“ Saya nak tengok cerita Jack The Giant Slayer…”
“Tak bestlah….” Zaina mengutuk. Memang dia tak suka pun
filem tu. Cerita zaman dulu-dulu.
“Tak pun filem Rock Rock 1 best, Rock 2 mesti lagi best.”
Fizi memberitahu lagi. Dia masih focus kepada pemanduannya.
“Tak bestlah. Saya tak suka.”
“Kalau macam tu tak apalah. Saya tengok sorang-soranglah
nanti.”
Zaina memandang Fizi pelik. Apa maksud dia ni? Tak faham
betul aku. Bunyi macam nada merajuk.
“Awak nak ajak saya tengok wayang ke?”
“Yalah. Berjela saya cakap awak tak faham.”ujar Fizi.
Rupanya dia berkias tadi. Apa salahnya kalau cakap
terus-terang? Hai, Fizi. Nasib baik kau Cute.
Kalau tidak dah lama aku tarik telinga tu ha… Zaina bermonolog sendiri.
“ Manalah saya nak faham maksud awak tu.”
“Nak tengok ke tidak?”soal Fizi.
“Boleh tapi jangan marah kalau saya tertidur kat dalam
panggung nanti.” Zaina memberi peringatan awal. Kalau menonton wayang filem
yang bukan menepati citarasa Zaina pasti dia sempat tidur dari awal babak
sehingga habis. Sudah beberapa kali dia tertidur apabila menonton wayang dengan
kawan-kawannya.
“ Okey. Dah sampai pun. Jom turun makan.”
***************
“Saya nak ke ladies
sekejap.” Zaina meminta izin selepas habis menjamu selera. Macam-macam yang
mereka telah bualkan sepanjang di meja makan tadi. Dari hal yang kecil-kecil
sehinggalah kepada peribadi.
“Pergilah Comot.
Hati-hati.” Fizi tersengih. Sempat lagi dia mengusik Zaina.
Zaina turut tersenyum. Fizi sudah mula ringan mulut. Dari
tadi asyik mengusik Zaina. Sampai naik merah muka dia.
Setelah beberapa minit melunaskan hajat di dalam tandas, Zaina
melangkah keluar semula. Hubungan mereka kita ibarat kawan baik. Tiada lagi
rasa malu dan segan. Cuma mula-mula tadi saja agak kekok. Maklumlah baru
pertama kali berjumpa.
Dari jauh Zaina melihat seorang perempuan telah
menggantikan tempatnya di meja makan. Perempuan itu nampak bergaya dan
berkarisma. Sesekali dia cuba
memegang tangan Fizi namun dengan pantas Fizi menarik. Apakah ini?
“Saya dah bersedia untuk hubungan kita.”ujar perempuan
tidak bertudung itu menerpa cuping telinga Zaina. Jarak Zaina dengan meja makan
tidak sejauh mana. Hanya beberapa langkah sahaja lagi.
“Saya tunggu awak dah lama. Empat tahun, awak. Tapi apa
yang awak buat kat saya? Saya umpama menanti buah yang tak gugur. Saya dah
tawar hati.”
“Awak tahukan yang selama empat tahun tu saya study. Saya tidak mahu terikat dengan
komitmen yang lain. Saya ada cita-cita saya juga.”
“Tapi sekurang-kurangnya awak boleh berikan saya
harapankan?”
“Kita bercinta?” pinta perempuan itu.
Zaina terkedu. Jadi inilah perempuan yang pernah ditunggu
oleh Fizi suatu ketika dahulu. Patutlah Fizi sanggup menunggu selama empat
tahun. Perempuan itu sangat sesuai jika dipadankan dengan Fizi. Kaya, bergaya
dan nampak sangat sesuai dari pandangan mata Zaina.
“ Saya tak tahu…”jawab Fizi sambil menggelengkan kepalanya
laju.
“ Saya akan pikat hati awak kembali… Ingat tu..” Perempuan
itu lantas membuka langkah meninggalkan Fizi keseorangan di situ.
Air mata Zaina sudah mahu mencecah pipi mulusnya tetapi
dengan pantas dia menyeka. Dia sudah bersedia. Mereka hanya kawan. Betul kata
Jasmin, tidak mustahil satu hari perempuan itu akan datang kembali menunaikan
janjinya itu. Zaina kini semakin yakin dia tidak boleh berangan-angan Mat Jenin
lagi. Dia perlu berpijak pada bumi yang nyata bahawa dia dan Fizi hanyalah
kawan. Tidak lebih daripada itu.
“ Ina…. Lamanya pergi tandas.” Fizi terus menegur sebaik
sahaja Zaina kembali kepada meja. Zaina cuba mengawal dirinya kerana tidak
mahu Fizi perasan yang dia dengar dan menonton apa yang terjadi tadi.
Zaina hanya tersenyum. Dia menghabiskan air fresh orange yang masih lagi bersisa.
Tubuhnya seram sejuk. Dia teringatkan sahabat baiknya.
“Awak, hantar saya balik.”ujar Zaina.
Fizi berkerut dahinya.
“Kenapa? Kita belum menonton wayang lagi...”
“Saya rasa tiba-tiba tak sihat malam ni. Maafkan saya. Saya
tak boleh nak teman awak pergi tengok wayang.” Zaina hanya menunduk.
“Ada
benda yang saya tak tahu ke?”tanya Fizi apabila dia menyedari perubahan berlaku
pada Zaina.
Zaina pantas menggeleng. Dia bangkit dari duduknya terus
melangkah keluar dari restoran tanpa menunggu Fizi terlebih dahulu.
Fizi menggarukan kepalanya. Dia nampak ke apa yang berlaku
tadi? Fizi tertanya-tanya.
********************
+ awk, sy ada something nak kongsi ni.
Zaina mengeluh. Dia cuba
mendiamkan diri sejak pertemuan dan perisitiwa pada malam itu. Mesej yang
dihantar oleh Fizi dibalas tanpa minat. Zaina tidak mahu rapat lagi dengan
Fizi.Dia akan cuba
melayan Fizi bukan sebagai sahabat tetapi hanyalah sebagai kawan. Inilah sikap Zaina.
Dia mudah jatuh cinta membuatkan dia sering dikecewa. Jasmin sudah beberapa
kali memberi peringatan tetapi Zaina degil. Walaupun Zaina telah berjanji untuk
tidak meletak pengharapan langsung pada Fizi namun hatinya tidak mampu menahan.
Tapi mulai detik ini, dia sudah ada jawapannya. Tidak perlu lagi dia terus
‘berkawan’ dengan Fizi.
-
apa?
Zaina membalas.
+ Rasya dah bagi jawapan
-
Rasya?
Beberapa
minit kemudian, Zaina mendapat balasan.
+ Girl
yang saya tunggu tu. Apa yang patut sy buat?:(
Zaina kecewa.
Memang dia sudah mengagak siapa pemilik nama itu. Kenapa harus kau tanyakan
pada aku? Tak tahukan kau bahawa aku sakit hati mendengar semua ini? Kau
sengaja ke, Fizi? Ya ALLAH, tabahkan hatiku ini. Rintih Zaina dalam hatinya.
- Oo
yaka? Baguslah.
+
Bagi awk patut tak sy terima?
-
Patut. Dah lama awk tunggu. Rugi klu awk
lepaskan.
Dalam air mata
yang mengalir laju, Zaina cuba
untuk membalas. Biarpun betapa sakitnya hatinya ini tetapi Zaina cuba
kuatkan juga. Dia sayangkan Fizi dan dia nak Fizi bahagia walaupun bukan dengan
dia. Zaina ingin menjadi sahabat yang baik buat Fizi.
+
Thanks, Comot. Kita tetap kwn kan?
Memang betul.
Selama ini, Fizi hanya menganggap Zaina hanyalah kawan. TIdak lebih dari itu. Zaina
akan terima hakikat itu.
- Friends…
“Aku
doakan kau bahagia, Fizi.”ucap Zaina perlahan sebelum dia menyembamkan mukanya
di atas katil bersama dengan esakan tangisan yang tidak tertahan lagi. Dia mahu
menangis semahu-mahunya hari ini kerana esok dia bangun, dia ingin lupakan
semuanya dan mulakan hidup yang baru. Itulah yang dia harapkan.
**************
Telefon
bimbit Zaina berdering. Lantas panggilan itu dijawab tanpa melihat pemanggilnya
terlebih dahulu.
“Comot, buat apa tu?” Zaina terkejut lalu
dia kembali melihat skrin telefon. Zaina menepuk dahinya. Kenapalah dia tak
tengok dahulu? Sudah seminggu dia cuba menyepikan diri. Langsung
tidak membalas atau menjawab panggilan daripada Fizi tetapi hari ini dia
tersilap langkah. Akibat leka sangat mengira stok sampai dia terburu-buru
menjawab telefon.
“ Tengah kira
stok.” Jawab Zaina tidak berminat.
“ Kenapa tak jawab
mesej dan panggilan saya?”
“Ni kan dah jawab.” Balas Zaina
lagi.
“Okeylah. Saya nak
beritahu awak ni minggu depan saya nak bawa mak ayah saya pergi merisik.”
Zaina memejamkan
matanya. Fizi menelefon dirinya hanya untuk memberitahu hal yang sangat
menyakitkan hatinya itu? Adakah ini semua sengaja untuk melukakan hatinya? Zaina
tidak mahu mendengar semua ini. Dia tidak boleh.
“Okeylah tu.” Zaina
menjawab dalam keterpaksaan.
“Doakan saya erk.
Harap-haraplah dia terima saya.”
“InsyaALLAH…”
“Comot, nanti saya nak kenalkan awak
dengan dia. Lepas ni bolehlah awak dan dia jadi kawan. Lagipun saya dah cerita
banyak dah pasal awak. Dari kita kenal sampailah kita jadi sahabat seperti
sekarang. Agak-agak bila awak free?”
Zaina masih cuba menahan
kesakitan yang ditanggung olehnya ketika itu. Aku hanyalah sahabat dan hanya
bermimpi untuk menjadi lebih daripada itu untuk lelaki bernama Nazirul Nafizie
ini. Selamanya aku hanyalah SAHABAT…
“ Nanti-nantilah.
Saya busy sekarang ni. Tak sempat nak
jumpa.”
“Okey Comot, nanti kita jumpa yeaa.
Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam.”
Zaina menghela
nafas panjang sebaik sahaja panggilan dimatikan. Kenapa dia harus berhubung
lagi dengan lelaki itu? Zaina, kau kena bangkit. Dia bakal mejadi milik orang
lain. Dia bukan tercipta untuk kau.
“Aku kuat. Zaina
Qistina tak lemah!” Zaina cuba
membangkitkan semangat dirinya. Dia harus tabah demi sebuah persahabatan ini.
********************
“Macam mana baju
boleh tertukar dengan orang lain ni?”bentak seorang pelanggan apabila menyedari
bajunya sudah tertukar dengan pelanggan yang lain.
“Maafkan kami,
Encik. Kami amat menyesali kesulitan ini.” Dania cuba menenangkan lelaki muda itu.
“Saya tak suka
marah-marah macam ni tapi nasib baiklah dinner malam esok. Kalau malam ni, tak
mati saya?” bebel lelaki itu. Tapi kini lebih tenang dan mendatar suaranya.
“Kenapa ni,
Dania?” Zaina yang baru datang dari belakang terus bertanya apabila menyedari
berlaku sedikit kesulitan di situ.
“Baju encik ni
tertukar dengan pelanggan lain.” Dania jawab jujur.
“Maafkan…. Arfan?”
“Ina!”
Serentak suara
mereka memanggil nama masing-masing.
“Kau ke Arfan…
Lamanya tak jumpa kau.” Zaina teruja apabila hari ini dia bertemu dengan
sahabat karibnya ketika zaman sekolah dulu. Sudah lama mereka berpisah tapi
hari ini mereka bertemu kembali.
“Aku pun lama tak
jumpa kau, Ina. Cantik dah kau sekarang nikan. Tak macam dulu comot aje aku
tengok. Dengan rambut telinga arnab kau, baju singkat, kain singkat. Memang
lain.Jujur aku cakap.”puji Arfan. Perasaan marahnya tadi suka beransur hilang.
“Kau pun sama.
Makin handsome sekarang. Dah kahwin
ke belum?” soal Zaina ingin tahu.
“Orang tak handsome macam aku ni sapalah nak. Redha
ajelah.”
Zaina mencebik.
Tidak percaya.
“Jangan nak poyo
sangatlah. Kau tu memilih sangat. Padan muka sampai sekarang single.”
Arfan tergelak
kecil.
“Kau tu kata kat
aku, kau dah kahwin ke?”soal Arfan kembali.
Zaina menggeleng
laju.
“Aku pun manalah
orang nak. Tak cantik, tak berpelajaran, tak pandai. Tak cukup pakej…” Zaina
merendah diri. Tiba-tiba fikirannya teringatkan Fizi. Lelaki itu pasti sedang
bahagia bersama dengan pilihannya.
“ Kalau macam tu
kita kahwin dua sajalah. Kau single,
aku single. Tak salahkan?”
Zaina berkerut
dahinya. Biar betul Arfan ni. Pasti lelaki ini sedang bermain-main. Sikapnya
yang tidak pernah serius dalam apa-apa hal menyebabkan apa yang diberitahu
olehnya kurang dipercayai oleh sesiapa termasuklah Zaina sendiri.
“Kau ni jangan nak
main-main, Arfan.”
“Aku serius. Aku
betul-betul maksudkan ni.”
Zaina masih lagi
kurang percaya. Kalau betul Arfan serius dia pasti akan melakukan apa sahaja.
“Kalau macam tu,
pergilah jumpa ayah aku. Aku tak boleh bagi jawapan sebab aku ni masih hak
diorang.” Zaina memberi cadangan.
“Okey. Lusa aku
bawak mak ayah aku pergi jumpa mak ayah mentua aku. Ha ha…” Arfan ketawa.
Zaina bagaikan
tidak percaya. Dia masih lagi ragu-ragu dengan Arfan. Dia yakin yang Arfan
tidak akan berbuat demikian. Zaina yakin kerana perangai Arfan yang suka
bergurau.
******************
“Jemputlah
minum....” pelawa Zainal sebaik sahaja Zaina menghidangkan minuman buat tetamu
yang berkunjung ke rumahnya. Dia tidak tahu siapakah pasangan suami isteri ini.
Mungkin kawan baru ayahnya kerana dia tidak pernah kenal mereka. Selepas
selesai, Zaina melangkah masuk ke dalam bilik untuk merehatkan diri
memandangkan dia bercuti hari ini.
“Kami datang ni
nak merisik.” Naza menyatakan hasrat yang dibawa bersama.
“Nak merisik yang
mana satu? Anaknya ke atau bapaknya?” Zainal berseloroh lantas ketawa kuat.
Tawanya turut
disambut oleh Naza dan Rokiah.
“Anak kami lelaki
pastilah untuk anaknya…”jawab Rokiah masih lagi tersenyum.
“Jadi nak merisik
Zaina? Zaina Qistina? Betulkan?”
“Ya. Zaina Qistina
buat anak bujang kami. Kalau dia belum berpunya, bolehlah kita merancang. Kita
percepatkan semuanya. Lagi baik…”kata Naza. Nampak sedikit keterujaan ketika
dia berkata-kata. Mungkin mereka senang melihat Zaina tadi.
“Untuk hal ini,
kenalah tanya pada empunya diri. Kalau dia setuju, saya setuju. Kalau dia
menolak, saya pun terpaksa terima. Saya nak dia pilih pasangan hidup dia
sendiri. Biasalah, nanti kalau kita aturkan kalau ada yang buruk berlaku kita
pula dipersalahkan. Saya nak lihat anak saya tu bahagia. Itu aje. Siapa pilihan
dia, saya tak menghalang.”
“Kami terima apa
jua jawapan daripadanya.”ujar Rokiah.
“Ina….”panggil
Zainal sedikit kuat.
Beberapa saat
kemudian, Zaina keluar dari bilik. Dia memandang muka ayahnya.
“Mari sini, Ina.
Ada sesuatu yang ayah nak tanya ni.”
Zaina berkerut
dahi. Tanya apa? Siapa mereka ni? Aku ada buat salah ka? Zaina berteka-teki
sendiri. Dia memandang muka ayah dan pasangan suami isteri itu silih berganti
sambil kakinya melangkah lalu duduk di sebelah ayahnya.
“Encik Naza dan
Puan Rokiah ni datang nak merisik Ina untuk anaknya. Ina tak bagitau ayah
apa-apa pun pasal hal ni.” Zainal berkata tenang.
Zaina terpana
seketika. Sejurus kemudian fikirannya teringatkan seseorang. Arfan! Nampaknya
dia tidak main-main. Dia benar-benar serius dengan kata-katanya tempoh hari.
Biar betul si Arfan ni?
“Jadi macam mana
Zaina? Setuju? Rul ada khabarkan yang Zaina tahu tentang kedatangan kami ni.
Tapi mungkin Zaina terkejut sedikit sebab Rul tu bukannya serius orangnya. Suka
sangat main-main. Bila dia beritahu dia nak kami datang merisik, kami terus
setuju. Cantik rupanya buah hati Rul ni.” Rokiah memuji sambil tersenyum.
Rul? Siapa pula
Rul ni? Oh, betullah. Nama penuh Arfan adalah Fakrul Arfan. Zaina teringat kembali.
Biasalah dulu mereka kawan rapat kat sekolah. Tak mungkinlah dia boleh terlupa
nama-nama sahabat baiknya.
“Ayah macam mana?”
Zaina memohon pendapat ayahnya.
“Kamu yang
berkawan dengan dia. Terpulang kat kamulah nak terima ke tidak. Ayah tak
menghalang. Siapa pun pilihan kamu, ayah terima.” Zainal memberi peluang kepada
anaknya untuk membuat keputusan sendiri. Dia bahagia jika anaknya bahagia.
Lagipun sudah tiba masanya untuk Zaina berkahwin. Umur pun dah sesuai sangat untuk ada komitmen
lain.
Zaina menarik
nafas panjang lalu dihela perlahan-lahan. Dia cuba bertenang. Perlu ke dia
menerima lamaran ini? Arfan betul-betul ikhlas. Tapi dia cintakan Fizi. Fizi?
Ah, lelaki itu sedang bahagia dengan orang lain. Zaina, Fizi hanya anggap kau
sebagai sahabat. Sahabat!
“ Baiklah saya
terima.” Zaina memberi kata putus.
“Alhamdulillah.
Bolehlah kita bincangkan tentang pertunangan mereka berdua. Lagi cepat, lagi
baik. Buat apa tunggu lama-lama kalau masing-masing dah saling suka.”
Zainal tersenyum
lalu mengangguk.
Zaina, kau kena
lupakan Fizi!
****************
+
alhamdulillah, dia terima risikan sy dan minggu dpn kami bertunang. x sbr nak
kahwin. :P
Zaina melepaskan
keluhan berat. Memang tepat dia menerima lamaran Arfan siang tadi. Fizi
nampaknya sangat bahagia ketika ini. Tidak perlulah dia menyeksa diri dari
terus menunggu lelaki yang memang tak akan pernah jadi miliknya.
"Kau kenapa, Ina?”
tanya Jasmin. Tadi Zaina mengajaknya keluar. Pada mulanya dia mahu menolak
kerana mahu berehat di rumah tetapi apabila Zaina memaksanya terpaksalah dia
menerimanya.
“Tak ada apalah.”
Jawab Zaina tidak berminat. Air sirap dihirup sedikit.
“Kenapa kau ajak
aku keluar? Aku baru ingat nak layan drama korea, kau pula sibuk….”
“Minggu depan aku
bertunang.”Zaina tidak menghiraukan rungutan Jasmin tu terus memberitahu tujuan
dia mengajak Jasmin keluar malam ini.
Jasmin membulatkan
matanya. Mulutnya sedikit terbuka akibat daripada terkejut.
“Kau biar betul?
Bertunang dengan siapa? Tak akan si ….. Kau ni biar betul. Kau kata dia dah nak
bertunang.” Jasmin tidak percaya.
“Taklah. Bukan
dengan Fizi. Aku nak bertunang dengan Arfan, kawan sekolah aku dulu. Tadi mak
ayah dia datang merisik, aku terus terima.”
“Arfan? Handsome tak?” Jasmin tersengih.
“Bolehlah tahan.”
“Baguslah.
Sekurang-kurangnya kau boleh terima yang Fizi dan kau hanyalah kawan. Tak sabar
nak tengok bakal tunang kau tu.”
Zaina mencebik.
Dia tiada mood.
“Assalamualaikum…”tegur
satu suara. Zaina berkerut dahi. Dia macam pernah dengar suara tu.
“Waalaikumussalam…”jawab
Jasmin terlebih dahulu.
“Boleh join
sekali?”tanya Fizi tidak malu. Zaina yang sedikit terkejut dengan kedatangan
Fizi hanya mengangguk setuju. Tak akan nak cakap tak boleh pulakkan walaupun
hatinya sakit apabila melihat seorang perempuan berada di samping Fizi. Mungkin
tunangnya , Rasya.
Jasmin menguis
kaki Zaina di bawah meja. Sepantas kilat Zaina mengangkat kening bertanya apa
maksudnya itu.
“So, tak akan
minum aje. Pesanlah makanan. Tak apa Fizi belanja.” Fizi menawar diri.
“Eh, tak apa. Kami
dah makan dah tadi.” Zaina menolak.
“Kau ni tak baik
tipu. Fizi, kami ni baru aja sampai. Betul kau nak belanja ni? Kalau gitu aku
nak pesanlah..” Jasmin memecahkan tembelang.
Zaina membulatkan
matanya lalu dia merengus tidak puas hati.
“Comot tak makan?”
Zaina terpana.
Boleh lagi dia panggil aku Comot? Kang tak fasal aku kena belasah nanti. Haish,
Fizi ni. Sekeh juga kot nanti.
“Tak. Saya tak
lapar. Tak nak kenalkan ke bakal isteri awak ni?” Zaina berbasi-basi.
Fizi menepuk
dahinya. Mungkin terlupa dengan kealpaan dia.
“Comot, ini Rasya. Rasya, kenalkan ini comot Fizi, Zaina Qistina.”
Rasya mengukirkan
senyuman sebelum menghulurkan tangannya tanda perkenalan. Zaina membalas. Dalam
masa yang Zaina pelik. Tak cemburukah Rasya?
“Rasya... Jadi
inilah Comot Fizi. Patutlah asyik
bercakap pasal Zaina aje. Cantik orangnya.” Rasya memuji ramah.
Zaina hanya
tersenyum. Dia memandang Jasmin yang hanya membisu. Mungkin dia pun turut rasa
apa yang dirasa oleh Zaina.
“ Tahniah atas
pertunangan Fizi dan Rasya. Nanti nak kahwin jangan lupa jemput yea. Pasti Ina
datang.” Zaina turut beramah. Tak akanlah dia nak sombong sedang Rasya begitu
mesra menerimanya. Zaina walaupun cemburu tak adalah sampai tak boleh kawal.
“ InsyaALLAH.
Pasti! Mana boleh lupa sahabat Fizi yang comot
ni.” Fizi mengusik.
Zaina tersenyum
lebar menutup rasa sakit hatinya itu. Mereka memang sepadan. Sangat sepadan.
Dia pun dah ada Arfan. Buat apa lagi mengharap kat orang lain. Zaina, sedarlah
kau dari angan-angan Mat Jenin kau tu…
“Sayang, I nak
pergi tandas sekejap.” Rasya lantas bangun.
Zaina sekali lagi
terluka. Peritnya dia mendengar ucapan itu. Ya ALLAH, kuatkanlah hatinya.
“ Baiklah, sayang.”
Fizi menjawab mesra sebelum memandang Zaina di sebelahnya.
“Are you okay, Ina?”
Zaina mengangguk.
“Saya okay.” Dia
memandang Jasmin dan memberi isyarat mata untuk mengajak Jasmin beredar dari
situ. Tak sanggup dia melihat kemesraan Fizi dan Rasya nanti.
“OMG, Ina! Kitakan
dah janji dengan Arfan nak keluar tengok wayang. Macam mana boleh lupa ni?”
Jasmin lantas mengangkat punggung.
“Arfan? Siapa?”
Fizi bertanya.
“Bakal tunang,
Ina. Maaflah Fizi. Kami terpaksa pergi dulu. Assalamualaikum.” Jasmin terus
menarik tangan Zaina meninggalkan Fizi keseorangan di situ.
“Bakal tunang?”
Fizi mula resah. Betul ke apa yang dia dengar ni? Ini tak boleh jadi. Ini tak
boleh jadi!
******************
Zaina
berdebar-debar. Hari ini dia akan bertukar status. Bukan dari single kepada bertunang tetapi
berkahwin. Pada saat-saat akhir pihak lelaki telah mengubah keputusan. Mereka
ingin mengadakan majlis pertunangan dan majlis akad nikah pada hari yang sama.
Majlis persandingan pula akan diadakan seperti yang dirancang. Zaina cuba
menolak namun Zaina terpaksa akur apabila ayahnya memujuk. Atas alasan apa,
Zaina sendiri tidak pernah tahu. Zaina terpaksa terima walaupun dia belum
bersedia untuk menjadi seorang isteri.
“Kau cantik hari
ini, Ina.”puji Jasmin ikhlas. Dia mengelap peluh yang terbit sedikit di dahi
Zaina. Mungkin terlalu gementar.
“Aku tak sangka,
Jasmin. Minggu lepas merisik, minggu ni bertunang dan bernikah. Kau tak rasa
cepat sangat ke?” Zaina menyuarakan kerisuannya.
“Taklah. Lagi
cepat lagi bagus. Lepas ni jangan nak lupa aku pula. Aku merajuk nanti.” Jasmin
mengugut lalu dia tergelak kecil.
“Tapi kalau kau
nak tahu, selama dua minggu ni Arfan langsung tak hubungi aku. Aku takut dia
main-mainlah, Jasmin. Arfan tu aku kenal benar. Tak pernah nak serius.”
Sejak mak dan ayah
Arfan masuk merisik, Arfan langsung tak bertanya khabarnya. Hari-hari dia
menanti panggilan Arfan tetapi panggilan dari orang lain yang dia dapat. Siapa
lagi kalau bukan Fizi. Naik bosan Zaina apabila Fizi asyik memberitahunya yang
dia tidak sabar nak berkahwin. Sengaja nak membakor aku…
“ Apa pulak kau
ni? Kau tahukan walaupun dah nak bertunang tapi tu bukan tiket dia nak call, ajak kau keluar sesuka hati.
Selalunya orang kata dalam tempoh merisik dan bertunang ni banyak dugaannya.
Aku tak tahu sebab aku tak pernah bertunang lagi. Think positive, Ina. Kau pun dah nak kahwinkan.”
“Bakal pengantin
dah sampai. Jom Ina.” Ujar Mak Cik Gayah dari muka pintu.
Zaina menghela
nafas perlahan-lahan. Dia cuba untuk bertenang. Dadanya tidak perlu cakap. Rasa
macam nak keluar jantungnya ini. Gementar dan sekejap lagi dia akan bertukar.
Bukan bertukar jadi transformer tapi
akan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang pernah menjadi sahabat baiknya
dahulu. Ya ALLAH, kau permudahkanlah urusanku ini…
“Jom, Ina. Kau
tengok. Arfan tak main-main. Dia datangkan?” Jasmin cuba menenangkan hati
sahabatnya itu. Dia dapat rasakan betapa gementarnya Zaina ketika ini.
Zaina melangkah
keluar dari rumah dengan perasaan yang berbaur. Risau, gembira, gementar, dan
bermacam-macam lagi. Masjid dan rumah Ina hanyalah beberapa langkah saja. Jadi
Ina akan berjalan kaki sambil diiringi oleh beberapa saudara yang lain menuju
ke masjid. Jasmin turut menjadi pengapitnya.
Setelah sampai di
masjid, Zaina melihat bakal suaminya sudah mengadap tok kadi. Dia sedikit lega.
Arfan memang betul-betul serius mahu berkahwin dengannya. Buktinya hari ini
telah termaktub segalanya apabila sebentar lagi dia akan menjadi isteri kepada
lelaki itu. Dia akan cuba menyintai Arfan dan melupakan Mr Cute, Fizi….
******************
“Muhammad Nazirul
Nafizie bin Naza, aku nikahkan kau dengan Nur Zaina Qistina binti Zainal dengan
mas kahwin RM 80 tunai…”
Zaina tersentak.
Muhammad Nazirul Nafizie bin Naza? Bukankah nama itu milik Mr Cute, Fizi. Zaina menggelengkan
kepalanya. Mungkin dia silap dengar. Tadi ketika meminta persetujuan sama ada
dia bersetuju untuk berkahwin atau tidak, Zaina terus menurunkan tandatangan
tanpa membaca dahulu. Tidak mungkin! Dia silap dengar agaknya.
“Aku terima
nikahnya Nur Zaina Qistina bin Zainal dengan mas kahwin RM 80 tunai.”
“Sah?” tanya tok
kadi kepada saksi.
“Sah!”
Mereka mengangkat
tangan mengaminkan doa. Selepas membaca doa, kini tiba masanya untuk pembatalan
air sembahyang.
“Ina, cepat..
Suami kau nak sarungkan cincin tu..” Jasmin berkata perlahan. Zaina yang sedang
menunduk terus mengangkat kepala. Bulat matanya apabila melihat wajah lelaki
yang telah menjadi suaminya ini. Betul ke apa yang dia lihat ni? Kemana
perginya Arfan?
“Hai Ina, kenapa
yang pandang suami kau tu macam tu sekali? Tahulah dia handsome.”usik saudara yang turut hadir. Usikan itu disambut dengan
gelak tawa tetamu yang hadir.
Zaina tersentak.
Fizi sedang tersenyum di hadapannya. Tangan Zaina dipegang lalu menyarungkan
cincin ke jari manis milik Zaina itu. Sejurus kemudian, dahi Zaina dikucup
dengan penuh kasih sayang.
“Ina, salam suami
kau.” Jasmin memberi arahan.
Zaina hanya
menurut. Dia masih lagi tidak percaya. Dia perlukan penjelasan untuk semua ini.
****************
“Tahniah, bro.
Dapat juga Comot kau ni.”ucap Arfan
sambil tersenyum kepada Zaina dan Fizi.
“Kau main-mainkan
aku ya, Arfan. Siap kau nanti.” Zaina mengugut. Sungguh dia tidak puas hati.
Mati-mati dia ingat Arfan bakal menjadi suaminya.
“Memang mula-mula
dulu aku nak masuk meminang kau pun. Sehari selepas aku jumpa kau tu, aku
terserempak dengan Fizi. Dia kawan baik aku masa U dulu. Jadi kami bersembang
dan dia cakap dia dah nak bertunang. Dia tunjuk gambar kau, jadi aku undur
dirilah. Tak akanlah aku nak rampas tunang kawan baik aku. Kau ni…” Arfan
memberi penjelasan.
“Zaina, Fizi
tahniah! Dapat juga korang bersatu ya..” ada suara perempuan menyampuk.
Zaina mengigit
bibir. Rasya?
“Thanks Rasya. You dah banyak tolong
I.”ucap Fizi.
“Tak ada apalah
sangat. I dah banyak sia-siakan masa you dengan biarkan you menunggu I. I tahu
rasa cinta you kat I dah tak ada. I tak nak paksa orang sukakan I. Jadi I balas
balik pengorbanan you kerana menunggu I dengan menyatukan you dan Zaina. Korang
nampak sangat sepadan.”
Zaina hanya
tersenyum. Sungguh dia tidak faham dengan situasi sekarang. Macam mimpi…
“Hai!” Arfan
menegur Rasya.
“Hai…” Rasya
mengukirkan senyum buat Arfan.
“Saya Arfan. Masih
single. Kalau kita ehem ehem tak
salahkan? Saya rasa awak pun single
lagi. Buah hati dah jadi milik orang lain.”ujar Arfan langsung tiada segan
silu.
Mereka ketawa
serentak. Slumber nenek dia saja melamar Rasya. Tak tahu malu langsung.
“Apa lagi Rasya?
Arfan ni baik… Rugi kalau lepaskan dia.”
“Tengoklah macam
mana. Tapi saya suka dengan sikap berterus-terang awak.” Rasya membalas.
“Yahoo… Ada
peluanglah ni. Rasya, jom saya belanja awak makan kenduri.” Arfan tersengih.
Rasya tergelak
kecil sebelum melangkah meninggalkan Fizi dan Zaina di situ.
“Comot, tak marahkan abangkan?” soal Fizi
sebaik sahaja Rasya dan Arfan jauh dari mereka.
Zaina menunduk.
Dia sebenarnya malu dan tidak sangka. Ternyata angan-angannya selama ini
menjadi kenyataan. Sesungguhnya aturan ALLAH itu adalah yang terbaik. DIA tahu apa yang
terbaik untuk hambaNYA
“ Taklah. Saya
cuma tak puas hati apabila awak buat saya macam ni.” Zaina bersuara perlahan.
“Abang tunggu
Comot terus-terang tapi Comot buat derk aja. Abang tahu Comot tengok apa yang
jadi kat restoran hari tu. Abang mula perasan yang Comot dah tak macam dulu.
Balas mesej abang pun macam terpaksa saja. Saat tu baru abang sedar sebenarnya,
Comot sukakan abang. Abang pun sukakan Comot. Alhamdulillah, hari ini kita
bersatu. Cute dan Comot dah jadi
suami isteri. Lepas ni bolehlah pandang muka abang yang cute ni hari-hari.”
Fizi berseloroh sambil tersenyum senget.
Zaina tersenyum
malu.
“Pandai betul
abang cover baik punya ya. Patutlah
hari-hari mesej tak sabar nak kahwin. Rupanya inilah rancangan abang. Macam
manalah Ina tak boleh perasankan…”
“Manalah nak
perasan. Dalam hati Comot masa tu mesti tengah nak balas dendam kat abang. Nak
bukakan pintu hati untuk orang lain konon. Padahal tak boleh pun. Inilah
penangan cinta Mr Cute lagi kacak
ni. Kalau dah cinta, katakanlah! Jangan diam-diam aje.”
“Perasan! Habis tu
kenapa cepat sangat bernikah? Tak sangka dalam masa dua minggu, Ina dah jadi
isteri orang. Macam mimpi…”
“Ingat tak
peristiwa kat gerai tempoh hari? Yang Rasya panggil abang sayang. Abang tengok
muka sayang dah lain dah. Geli hati tau masa tu. Tiba-tiba Jasmin cakap nak
pergi tengok wayang dengan “tunang”. Apa lagi gelabahlah abang. Sebab masa
tukan , mama papa baru saja pergi merisik. Kita tiada apa-apa hubungan lagi.
Kalau abang lambat, si Arfan tu pula yang sambar. Jadi abang suruhlah mama dan
papa mempercepatkan majlis kita. Taraa, hari ini comot abang ni dah jadi milik
abang sepenuhnya.”
“Patutlah. Sungguh
Ina tak sangka tau semua ni. Macam kisah novel. Tapi Ina tak sempurna, abang.
Banyak sangat yang kurang. Rasa tak layak nak berkongsi hidup dengan abang.”
Zaina merendah diri.
“Tiada manusia
yang sempurna dalam dunia ini, sayang. Abang pun tak sempurna. Kita akan cuba
mencari kesempurnaan itu. Jangan fikir pasal itu lagi, okey? Abang akan terima
baik buruk sayang dan abang harap sayang dapat terima baik buruk abang juga.
Okey sayang?” Fizi memeluk pinggang Zaina erat.
“Tapi ada satu
lagi masalah besar sekarang ni….”
“Apa lagi,
sayang?” Fizi mengerut dahinya. Wajah isterinya dipandang.
“Ina tak pandai
masak! Tak sangka kita akan berkahwin secepat ini. Tak sempat Ina nak pergi
kelas memasak…”
Fizi ketawa
berdekeh-dekeh. Zaina sudah menarik muka empat belas. Orang cakap betul, boleh
pula dia ketawa.
“Abang ingatkan
apalah tadi. Sayang oi, itu hal kecil saja. Nanti boleh belajar dengan mama. Don’t worry, bisa diatur ya mbak!”
Fiz menenangkan
hati isterinya. Dia akan cuba terima semua kekurangan Zaina kerana dia
sayangkan wanita itu. Dia akan cuba membahagiakan Zaina sehingga akhir nafas.
Itu janjinya, InsyaALLAH…
“Rul, Zaina buat
apa kat situ tu? Nak memadu kasih nanti-nantilah ya… Tetamu ramai ni. Meh sini!
Kawan-kawan nak berjumpa ni.”jerit Rokiah sedikit kuat.
Semua mata terarah
kepada mereka berdua dan masing-masing tersenyum sumbing. Malu dibuatnya Zaina.
Fizi boleh saja buat muka slumber dia yang Cute sangat tu.
“Baik mama!”
Zaina bersyukur.
Akhirnya impiannya untuk hidup dengan lelaki yang dicintainya ini tercapai. Dia
tida menyangka apa yang berlaku selama ini, perasaan dingin dia terhadap Fizi
dan perubahan sikap dia membuatkan Fizi perasan semua itu.
Terima kasih Ya
ALLAH…
TAMAT
-> cerita ni hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yg hidup atau dah meninggal dunia. Permulaan cerita ni Myn ambil dari kisah kawan dan endingnya hanyalah rekaan semata-mata. Sorry apa yang kurang... Apa yang cuba saya luahkan kat sini, jika memang dia adalah jodoh kita, apa jua yang berlaku kita akan tetap bersama. Kalau dia bukan jodoh kita, buatlah macam mana sekalipun, tak ada ada jodoh juga. Rahsia ALLAH, siapa yang tahukan?
Terima kasih sebab sudi baca... Dah baca komenlah sikit...
Thanks YOU... Love u!
Thanks YOU... Love u!