Lelakikah aku?
Telefon bimbit S4 aku yang diletakkan di atas dashboard kereta
Satria Neo berdering mengeluarkan lagu Hanya Aku nyanyian Hyper-Act. Jiwang tak
aku? Aku suka dengan lirik lagu ni.
Tertera di skrin S4 aku nama insan yang paling aku
sayang dan sangat penting dalam hidupku. Tanpa dia hidup aku tak ada erti.
Walaupun jarak antara kami jauh tetapi kami tetap dekat di ingatan dan yang
paling penting di hati. Aku pasang handfree
memandangkan ketika ini aku sedang memandu bagi menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum, mama sayang…”aku
memulakan bicara.
“Waalaikumussalam. Amboi bersayang-sayang.
Ada apa-apa ka hang ni?”
Aku ketawa kecil. Mesti mama pelik. Bukan tak
pernah aku bersayang tapi hari ini nada aku lain sikit. Mungkin rindu sangat
kot sebab dah lama aku tak balik kampung. Maklumlah projek tengah banyak. Nak
balik kampung nun jauh di Kedah pun tak sempat.
“Mama ni sensitif pulak. Nak
bersayang sikit pun tak boleh. Rindu sangat tau kat mama Shaz yang meletop ni.
Mama apa khabar?”
“Tulah hang tu. Bukannya ingat nak
balik kampung dah. Buat apa tak tau yang sibuk sangat tu.”
“Mama, hujung minggu ni Shaz balik.
Shaz tau yang mama dah rindu kat Shaz kan? Biasalah anak mama yang paling handsome.” Aku berseloroh.
Terdengar mama mencebik dari corong
telefon. Perkara biasa bila mama buat apabila aku terperasan lebih. Haha…
“Balik minggu ni. Abang dan adik Shaz semuanya dah bersetuju
nak balik minggu ni. Shaz jangan pula tak balik. Kalau tak balik mama merajuk.”
Ugut mama.
“Ya mama. Shaz balik minggu ni. Bos Shaz tak
bagi cuti pun Shaz cuti juga. Tak apa. Shaz sanggup berhenti kerja demi mama
tercinta.”
“Eleh..Yalah tu. Okeylah mama ada
kerja sikit. Balik tau. Kalau boleh bawak balik calon menantu sekali. Kot-kot
raya ni boleh mama masuk meminang.”
Aku gelak kuat-kuat. Bukannya
ikhlas pun tetapi sengaja.
“Baiklah mama. Hati-hati buat
kerja. Sayang mama ketat-ketat. Assalamualaikum.”ucap aku. Handfree aku
tanggalkan sebaik sahaja mama menjawab salam dariku. Kereta aku pandu balik ke pejabat.
***************
Aku melangkah masuk ke dalam kedai
menjual tudung. Sebelum aku pulang ke kampung esok pagi, aku ingin mencari
sedikit buah tangan buat mama aku yang berada di kampung.
“Encik nak beli apa?”tegur seorang
gadis. Mungkin ini jurujual kedai ini.
“Erm, saya datang sini nak beli
tudung. Ada jual ikan ke kat sini?” Aku bertanya selamba. Sengaja nak buat
lawak jenaka.
Gadis itu tersenyum.Merah mukanya
menahan malu akibat pertanyaan daripadanya itu kurang masuk akal dan jawapan
aku membuatkan dia berasa malu sendiri. Kalau dengan aku hati kena kebal.
“Encik cari tudung yang macam
mana?” tanya jurujual itu lagi.
“Saya nak cari tudung untuk mama
saya. Saya tak pandai nak beli yang macam mana.” Tangan aku membelek beberapa
helai tudung yang tergantung di dalam kedai itu tetapi aku tak tahu nak pilih
yang mana. Kalau ada binikan senang nak pilih untuk mak mentua. Erk? Sudah-sudahlah
berangan, Shaz!
“Oh, umur mama encik berapa?”
“Saya nak beli tudung bukannya nak suruh awak interview saya.” Aku balas sambil
tersengih. Gadis itu berkerut dahinya. Amboii, comelnya muka dia bila buat
macam tu. Geramlah pula! Macam nak saja aku cubit pipi dia yang gebu tu. Jangan
Shaz. Bukan muhrim!
“Saya perlu tahu sebab nak tolong
pilihkan untuk mama encik. Kalau tak tahu takut terpilih yang tak sesuai dengan
umur pula.”jawab gadis itu tenang. Nasiblah kau dapat pelanggan macam aku.
Haha.. Aku geli hati.
“Umur mama saya 55 tahun. Umur saya
pula 28 tahun, masih muda dan masih bujang dan masih kacak. ” Aku sengih. Over
betul kau, Shaz..
“Saya tanya umur mama encik aje.
Saya tak berminat nak tahu umur awak.”balas gadis itu sambil tangannya
menjalankan kerjanya mencari tudung buat mamaku di kampung.
“Awak comel bila marah. Dah
berpunya ke belum?”tanya aku tak tahu malu. Apa kena dengan kau hari ni, Shaz?
Merenyam semacam saja. Tak pernah-pernah aku berkelakuan macam ni.
“Tudung ni rasanya sesuai dengan
mama awak.” hulur gadis itu tanpa menjawab pertanyaan aku.
“Kalau awak suka mesti mak mentua
awak pun suka. Okeylah kalau gitu. Saya ambil satu.”usik aku lagi. Ulat bulu
naik daun, dah!
Gadis itu terus mengambil dari
tanganku lalu berjalan menuju ke kaunter untuk melakukan pembayaran.
“Adik, nanti tolong kirim salam kat
cik adik tadi yea. Kirim salam sayang. Terima kasih.”pesan aku kepada jurujual
sebelum mengangkat kaki meninggalkan kedai tersebut.
********************
Aku melabuhkan punggungku di
sebelah mama yang sedang membuat kuih untuk makan petang. Abang dan adik aku
masih belum sampai. Mungkin lewat petang nanti. Aku ni Subuh tadi dah bertolak
dari KL balik ke Kedah. Aku tekan pedal minyak 140 km/j kerana mahu cepat
sampai. Nasib baik Allah masih memelihara aku tadi. Kalau aku kemalangan aku
yakin tak arwah mesti masuk ICU.
“Mama, nak buat kuih apa tu?”
“Nak buat cucur udang. Hang dah
solat Zohor ka ni?”soal mama.
“Dah solat dah. Kuah kacang dah
buat ka belum?” Cucur udang ni memang kegemaran aku. Dimakan pula dengan kuah
kacang.Memang terbaik!
“Dah siap dah. Hang tu pi lah duduk
berehat dulu. Tadi jalan jauh…”suruh mama.
Aku menggeleng. Tak adalah penat
sangat pun memandu tadi
“ Mama, Shaz nampak mama makin comel. Ada
apa-apa ke?” usik aku sambil mengenyitkan mata kiriku.
Sudip yang dipegang oleh mama terus
hinggap di kepala aku. Aku mengaduh kesakitan.
“Padan muka hang, Shaz.”
“La, Shaz puji mama pun kena marah?
Awat yang sensitif sangat ni?”
Mama menjeling. Jelingan maut dia
berikan kat aku. Aku sengih.
“Apa habaq dengan Pak Raihan tu? Sihat
ka dia?” Aku ketawa kecil. Soalan aku ni pastinya akan mengundang kemarahan
mama. Mama ni sensitif sikit dengar nama Pak Raihan ni. Maklumlah, mungkin malu
kot dengan usikan aku tu.
“Tanya mama pasai apa? Pi lah tanya
dia. Tak ada masa mama nak ambil tau pasal dia.” jawab mama acuh tak acuh. Aik?
Muka mama dah lain.
“Awat jawab macam tu? Tengah gaduh-gaduh manja ka
dengan Pak Raihan tu? Amboi mama. Sweetnya depa. Gaduh-gaduh bagai!” aku
mengusik mama lagi. Muka mama sudah bertukar merah. Malu gamaknya!
“ Merapulah hang ni. Hang tu dok sibuk pasal
mama dengan Pak Raihan, yang hang tu bila lagi nak bawak balik menantu kat
mama?” Mama cuba mengubah topik. Aku tepuk dahi. Mama dah mula membalas
serangan. Tak terbalas aku nanti.
“Mama, Shaz ada beli tudung kat
mama. Harap mama berkenanlah. Shaz ni taklah pandai pilih sangat pun.”Aku
bangun dari duduk lalu masuk ke dalam bilik mengambil bungkusan tudung yang aku
beli semalam.
Mama agak teruja. Itulah mama.
Setiap kali dia dapat hadiah daripada anak-anak, setiap itu jugalah kita boleh
nampak perasaan terujanya. Mama sangat-sangat menghargai pemberian daripada
anak-anaknya.
“Pandai Shaz pilih. Cantiknya… Mama
suka.” Puji mama lalu menyarungkan tudung yang aku hadiahkan itu ke kepalanya.
Cantik!
“Bukan Shaz pilih. Bakal menantu
mama yang pilih. Rasanya lulus kot kalau nak jadi menantu mama?” aku dengan
tanpa rasa bersalah terus menjawab. Shaz oo Shaz. Memang buang tabiat sungguh.
Mama terkejut seketika. Wajah aku
dipandang penuh tanda tanya. Mungkin mahu aku menjelaskan sesuatu.
“Shaz main-main ajelah mama. Tapi
bukan Shaz yang pilih. Jurujual yang pilih.”aku mula bercakap jujur. Takut pula
aku. Dibuatnya mama suruh aku bawak balik nanti, mati aku weyh!
Muka mama mula hampa. Aku mendekati
mama lalu aku peluk dia erat. Dagu aku letakkan di atas bahu mama.
“Nanti bila dah tiba masanya, Shaz
kahwin okey. Mama jangan risau. Shaz ni straight
tau. Lelaki sejati.”
“Mama cuma risau kalau mama tak
sempat nak tengok menantu mama. Tak tutup rapat mata mama nanti.”keluh mama
hampa.
Aku melepaskan nafas panjang.
Kasihan tu memanglah kasihan tapi aku ni tak cenderung untuk berkahwin lagi.
Macam mana tu? Haissh!
*********************
“Abang Shaz, boleh tolong ajarkan Fiq
buat laporan ni?” Aku ambil kertas dari tangan Fiq lalu aku tengok. Menerima
permintaan daripada Fiq untuk menolongnya membuat laporan tentang projek yang
baru masuk itu. Dia budak baru lagi. Baru berkhidmat 3 bulan tapi hasil
kerjanya bagus. Aku suka orang macam Fiq ni. Eh! Suka dengan sikap dia bukan
suka dia tau!
“Senang saja ni. Nanti aku bagi kau
laporan sebelum ni. Aku nak kau tengok contoh dari situ. Kalau tak faham juga
baru tanya aku lagi. Okey?” Fiq mengangguk. Bukan aku tak nak tolong tapi aku
ada kerja yang perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. Jadi
pandai-pandailah dia menelaah sendiri.
“Aku masuk dulu. Nanti cari aku kat
dalam bilik.”aku meminta diri.
“Err abang Shaz!”
Langkah aku terhenti lalu aku
menoleh ke belakang. Keningku diangkat.
“Keluar lunch tak?” soal Fiq.
“Tak tahu lagi. Kenapa?”
Fiq berjalan mendekati aku. Aku
nampak mata dia memandang tepat ke anak mata aku. Hey! Dah kenapa dengan lelaki
ni? Huh!
“Jom keluar makan dengan saya. Saya
nak keluar lunch.”ajak Fiq. Tak
pernah-pernah dia ajak, hari ini dia ajak. Macam pelik saja.
“InsyaALLAH tengoklah dulu. Aku tak sure lagi.”jawab aku acuh tak acuh. Aku
tak suka berjanji. Risau kalau tidak ditepati tak ke munafik jadinya.
“Okey. Apa-apa beritahu saya ya.
Saya harap abang Shaz sudi keluar makan dengan saya.”kata Fiq dengan penuh
pengharapan.
Aku angguk lalu mengangkat kaki ke
bilik. Banyak lagi yang nak kena fikir selain daripada perkara itu.
*****************
“Abang Shaz dah ada seseorang yang
istimewa ke?”soal Fiq tiba-tiba. Aku keluar lunch dengan Fiq hari ini. Aku menyetujui
ajakan dia tadi untuk keluar makan tengah hari bersama. Kasihan pula. Lagipun
dia beria-ria nak belanja aku. Aku ni kalau bab orang belanja, jarang aku
tolak. Jimatlah katakan.
“Kenapa kau tanya?”
Fiq menggeleng.
“Aku tak ada sesiapa lagi. Malas
nak fikir tentang semua tu. Tak penting.” Aku tak suka bab ni dibangkitkan.
Entahlah. Tak ada perasaan.
Fiq mengukirkan senyuman. Dah
kenapa dengan budak ni? Tersenyum-senyum. Tak faham betul aku..
“Okeylah kalau begitu. Saya pun single lagi. Samalah kita.” Fiq
memberitahu tanpa ditanya.
Aku mengangguk. Rasanya tak perlu
kot aku tahu dan dia memberitahu aku tentang statusnya sebab aku langsung tak
berminat untuk tahu.
*******************
Keadaan KTM sesak dengan penumpang.
Pagi tadi kereta aku buat hal tak nak hidup.
“Bila pula nak sampai ni? Pagi ni
dahlah aku mesyuarat.” Jam dipergelangan tangan aku tatap. Hanya beberapa minit
sahaja lagi waktu pejabat akan bermula. Memang mati aku dengan bos sekejap
lagi.
“Tak baik merungut. Ni melatih kita
sabar tau.”satu suara kedengaran. Aku toleh ke sebelah kanan, seorang wanita
cina sedang membaca majalah. Aku toleh kiri pula namun aku lihat seorang budak
lelaki berpakaian seragam sekolah. Aku dengar tadi suara perempuan yang menegur
aku. Aku toleh belakang. Dahi aku berkerut. Macam pernah nampak perempuan ni.
“ Kalau tak nak lambat naiklah
kapal terbang. Tak sempat nak panas punggung dah sampai.”perli perempuan itu
lagi.
“Jangan nak menyibuklah!”marah aku.
Orang tengah marah boleh pulak dia memerli aku.
“ Hai, marah kita pula. Hari itu
bukan main lagi punya baik.”ujar perempuan itu.
Aku toleh ke belakang. Hari itu?
Bila?
“Tak ingat saya lagi ke? Hmm, macam
mana tudung tu? Mak awak berkenan?”
Aku berkerut dahi lagi. Aku cuba
menatap wajah perempuan di hadapan aku ni. Sepantas kilat aku senyum. Aku kenal
perempuan ini.
“Gadis kecil yang kerja kat kedai
jual tudung tukan?” aku cuba membuat pengesahan. Rasanya aku ingat dia.
Perempuan itu tersenyum. Hati aku
yang panas tadi terus sejuk.
“Buat apa kat sini?”aku bertanya.
“Nak makan. Haha.” Dia gelak.
Comelnya. Aku pun satu. Tanya soalan tak berasas langsung.
“Saya Shaz. Shazwan Harris. Awak?”
Aku perkenalkan diri aku. Nak cover malulah katakan.
“Saya Zara.”
Diam seketika. Masing-masing tak
tahu nak cakap apa. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Haish! Siapa pula
yang kacau line ni? Fiq? Mesti dia nak tanya aku kat mana sekarang ni. Pelik
aku dengan dia sekarang. Sikit-sikit telefon. Naik rimas aku. Aku keluarkan
telefon lalu aku tutup. Tak kuasa nak melayan.
Suara operator
sudah berbunyi. Memberitahu bahawa sudah sampai ke destinasi. Aku pandang Zara.
Gadis itu sedang sibuk dengan telefon pintarnya. Dompet aku dikeluarkan lalu
aku ambil kad.
“Nah. Nanti
telefonlah saya. Mana tahu saya nak beli tudung ke untuk mama saya.” Aku sengih.
Kad itu disambut lalu ditatap seketika.
“Terima kasih.”
“Awak punya kad?” Dengan rasa tidak malu aku
bertanya. Mana boleh. Dia dapat nombor telefon aku, aku mesti dapatkan nombor
telefon dia juga.
“Nanti saya
mesej awak. Saya pergi dulu. Hati-hati.” Zara terus melangkah keluar sebaik
sahaja pintu train terbuka. Aduhai. Melepas aku!
******************
“Abang,
sebenarnya Fiq sayangkan abang.”luahan Fiq itu membuatkan aku tercengang.
Tangannya yang memegang tangan aku pantas aku tarik. Badan aku sandarkan ke
belakang kerusi.
“Kau ni dah
kenapa, Fiq? Geli aku weyh!” Aku ketawa dibuat-buat. Sambil kepala
digeleng-gelengkan.
“Fiq betul-betul
sayangkan abang. Fiq nak kahwin dengan abang….”rayu Fiq.
Gulp!
Aku lantas
mengangkat punggung. Nafas aku tarik dan aku pandang muka Fiq.
“Kau sedar tak
apa yang kau cakap tu? Kau lelaki, aku lelaki. Mana boleh kahwin! Nabi tak
mengaku umatlah hubungan sejenis. Kau jangan buat kerja gila weyh!”
“Tapi Fiq
sayangkan abang. Kita couple?” rayu
Fiq lagi.
Meremang bulu
roma aku. Memang budak ni dah gila. Patutlah baik semacam aje dengan aku.
Rupanya peminat aku dalam diam. Kalau aku tahu dia minat kaum sejenis memang
tak adalah aku nak berbuat baik dengan dia. Sekarang aku dah susah. Aku pernah
dengar ada orang cakap yang gay ni sanggup buat apa sahaja demi mencapai
harapannya untuk mendapatkan sesiapa yang dia nak. Takut pula aku bila
teringatkan kata-kata itu.
“Argh! Aku tak
nak layan kau. Aku balik pejabat dulu.” Terus aku angkat kaki beredar dari
situ. Pandai-pandailah dia nak balik nanti memandangkan dia naik satu kereta
dengan aku. Aku memang tak pernah sangka yang selama ini Fiq tu berminat dengan
aku. Tahulah aku kacak tapi janganlah sampai kaum sejenis pun minat. Aduhaiii!
Dunia dah nak kiamat….
***************
Telefon bimbit
yang diletakkan di atas meja katil aku capai. Aku nak menelefon mama. Rasanya
sudah dua hari aku tak telefon ke kampung.
“Assalamualaikum,
mama!”aku memulakan perbualan.
“Walaikumussalam,
Shaz. Hai, baru ingat nak telefon mama ka?”Mama memerli aku. Tak apa. Aku tak
kisah sebab memang salah aku pun.
“Sorry mama.
Sibuk sikit. Mama sihat?”
“Mama sihat.
Hang sihat ka? Bila nak balik kampung pula?” Mama bertanya.
“Tak tahu lagi
mama. Kalau tak sibuk, Shaz balik.”
“Sibuk memanjang
hang ni. Kalau asyik sibuk saja bilalah nak kahwin? Hmm”
Aku ketawa. Mama
dah mula.
“Mama, tolong
carikan untuk Shaz boleh?”
Giliran mama
pula ketawa. Amboi mama. Bab ketawakan aku memang pandai. Aku tunggu kata-kata
perlian mama yang seterusnya.
“Mama tak salah
dengar ka?”tanya mama. Terasa sampai tulang rusuk kot.
“Iya. Mama tak
silap dengar. Shaz serahkan kat mama nak pilih menantu mama. Shaz tak pandailah
nak pilih.”
“Tak menyesal?”
“Mama! Shaz
serius ni. Shaz sebenarnya takut ni. Baru-baru ni ada orang melamar Shaz untuk
jadi suami dia.”
“Habis tu? Hang
terima? Siapa perempuan tu? Gila brutal.” Mama terkejut. Namun ada suara teruja
kedengaran dari corong telefon.
“Masalahnya dia bukan perempuan. Kalau dia
perempuan dah lama Shaz terima mama.”
“Habis tu?”
“Dia lelaki.
Gay!”
“Ya ALLAH. Hang
jangan Shaz nak buat perkara terkutuk tu. Nabi tak mengaku umat anak oii….”
Aku ketawa. Tahu
pun terkejut. Dunia sekarang ni semua dah terbalik. Lelaki suka lelaki,
perempuan suka perempuan. Itulah tanda-tanda nak kiamat. Zaman jahiliah kembali
semula.
“Gila Shaz nak
buat macam tu. Gelilah mama!” Aku menghabiskan sisa-sisa ketawa aku.
“Kalau macam tu,
esok mama mulakan misi mencari menantu mama. Tak boleh jadi ni. Mau dibuatnya
hang ni terpesong, tak sanggup mama nak terima Shaz!”
Aku gelak! Mama
ooo Mama. Kelakar betul.
“Okeylah Shaz.
Mama nak solat Isyak dulu. Nanti bila free hang telefon lagi. Jaga diri dan
yang paling penting, jangan nak terpesong suka kaum sejenis pula. Mama tak
mengaku Shaz anak tau nanti.” Pesan mama.
“Baiklah mama
sayang. Jaga diri mama juga. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Klik! Aku letak
telefon di atas meja semula. Kepala aku dongak memandang syiling rumah. Memikirkan
masa depan. Kerja ada, jawatan ada, rumah ada, kereta ada, rupa lagilah ada.
Tapi aku kekurangan satu benda iaitu keluarga bahagia. Maksud aku, isteri dan
anak-anak.
**********************
“Shaz, boleh
balik hujung minggu ni?”soalan pertama yang terpacul dari mulut mama sebaik
sahaja telefon diangkat. Tak sempat nak bagi salam. Mesti ada hal penting ni.
“Hujung minggu?
Boleh kot. InsyaALLAH. Kenapa mama?”
“Mama nak pergi
merisik seseorang untuk hang. Tapi hang baliklah dulu. Mama nak tunjuk gambar
dia.” Tudia! Mama dah jumpa calon yang dia berkenan. Harap-harap kena juga
dengan taste aku.
“Cepatnya mama.
Anak siapa yang mama pergi kutip tu?” aku berseloroh.
“Ada pula pergi
kutip. Hang balik dulu. Mama nak tunjuk kat hang.”
“Mama, mamakan
pakai telefon pintar. Apa kata mama wechat
Shaz aje gambar gadis tu. Tak payahlah Shaz nak balik.”
“Eh, aku tak
reti nak berwechat apa semua tu. Tak kira. Hang balik juga minggu ni. Stop!”
Mama mula bertegas.
“Yalah… Shaz
balik. Garang macam mak singa.” Aku ketawa.
“Ha tau takut.
Pergilah sambung kerja hang tu. Maaf, mama ganggu.”
“Tak apa mama
sayang. Bye. Assalamualaikum.”
Aku sengih. Mama
memang mama aku yang terbaik. Walaupun arwah abah dah tak ada, tapi aku tak
pernah rasa kehilangan itu kerana semua itu telah diisi dengan kasih sayang
daripada mama walaupun pada hakikatnya aku sangat merindui arwah abah.
Pintu diketuk
dari luar. Aku betulkan duduk.
“Masuk!”
“Fiq ganggu
abang ke?”
Sotong ni dah
datang. Nak apa pula kali ini? Semenjak dia meluahkan perasaan kat aku, hidup
aku memang tak tenang. Dia selalu saja menawarkan diri untuk ikut aku kemana
sahaja aku pergi kalau melibatkan kerja walaupun tidak melibatkan bidang dia.
Naik rimas aku.
“Nak apa?” tanya
aku serius. Aku buat-buat pandang dokumen di atas meja. Tak berkelip.
“Ni, Fiq ada
bawakan makanan untuk abang. Fiq tahu abang tak keluar lunch tadi. Mesti abang
laparkan?”
Aku angkat
kening. Kepala pun aku angkat memandang hidangan KFC yang dibawa oleh Fiq itu.
Bau ayam KFC tu memang membuatkan perut aku bernyanyi minta diisi.
“Okey. Letak kat
situ. Ada apa-apa lagi ke?”
“Tak ada… Harap
abang suka.” Fiq mengukirkan senyuman sebelum mengangkat kaki nak meninggalkan
bilik aku. Loya tekak aku dengan senyuman itu. Nak goda akulah tu!
“Errr! Fiq
kejap!”
“Ada apa abang?”
“Nah duit untuk
KFC ni.” Aku menghulurkan not RM50 kepadanya. Setakat hari ini aku tahu sudah
banyak dia habiskan duitnya untuk aku. Tak patut pula aku ambil kesempatan itu.
“Tak apa abang.
Fiq ikhlas.”
“Aku kata ambil,
ambil!”
“Tak apa. Abang
makanlah. Fiq tak minta bayaran pun.”
Tiba-tiba
telefon bimbit aku berbunyi. Aku lihat skrin S4 aku. Tak ada nama panggilan.
Bermakna nombor barulah. Siapa pula ni?
“Siapa tu,
abang?” Fiq mula mendekat. Itulah kelakuannya setiap kali telefon aku berbunyi.
“Hmm, tak ada
sesiapa.” Aku jawab acuh tak acuh.
“Siapa dia? Fiq
nak tahu!” desak Fiq. Haissh! Kang ada juga yang makan penampar ni. Sibuk hal
orang.
“Tunang aku!
Asal?” Aku angkat kening. Muka Fiq dah lain. Padan muka kau!
“Abang dah
bertunang?”tanya Fiq.
“Yup. So
sekarang kau jangan nak mengharap kat aku. Aku dah nak kahwin. Yang penting
dengan seorang wanita dan bukannya seorang wanita jadian macam kau.”Aku sengih.
Jahat mulut aku ni, aku tahu. Tapi ini untuk menyedarkan dia. Bukan
menghinanya.
“Tak apa. Baru
nak kahwin. Bukan kahwin lagi. Lagipun orang kahwin pun boleh bercerai, inikan
pula baru bertunang. Fiq langsung tak risau. Makan sampai kenyang tau, abang.
Fiq beredar dulu.” Fiq melangkah keluar.
Aku tepuk dahi.
Parah macam ni!
***************************
“Minggu depan
mama masuk meminang, bulan depan nikah? Okey?” Mama begitu teruja apabila
memberi kata persetujuan selepas aku melihat gambar yang mama pilih itu.
Cantik. Tapi aku rasa macam pernah nampak. Tak kisahlah. Asalkan mama suka. Itu
yang penting.
“Tak cepat
sangat ke mama?”
Paha aku
ditampar kuat oleh mama.
“Hang tu dah
tua. Kena buat cepat-cepat. Kalau lambat nanti lambat lagilah aku dapat cucu.”
Mama berleter.
“Yalah. Ikut
suka mamalah. Shaz ikut aje.” Aku malas nak fikir sebenarnya hal-hal ini semua.
Kahwin ni pun sebab terpaksa. Kalau tak kerana Fiq, tak adanya lagi aku nak
kahwin.
“Tercapai juga
hasrat mama nak tengok Shaz kahwin. Tak sabar mama nak tengok Shaz bersanding,
lepas tu dapat anak. Mesti anak comel macam opah dia.”
Aku sengih. Jauh
sangat dah mama melalut tu. Tunang pun belum dia dah fikirkan tentang cucu. Aku
kena powerlah macam ni. Hehe….Terserlah dah kegatalan aku!
“ Nanti telefonlah
dia. Ajak dia pergi beli barang kahwin yang mana hang tau. Lagipun dia kerja
kat sana juga. Senanglah nak keluar sekalipun.”
“Dia kerja kat
mana?”
“Kat KL. Butik
kakak dia. Nanti hang tanyalah dia kat mana. Mama nak bagitau pun mama tak tau
nak sebut.”
Aku angguk.
Baiklah mama.
*********************
+ salam, kerja ke
tidak?
Aku mesej Hanis.
Bakal tunang aku. Nak telefon rasa segan pula. Hari ini aku cuti. Saja ambik
cuti 2 hari sebab mama dah mula berleter sebab tak beli apa-apa lagi persiapan
untuk tunang dan berkahwin. Aku malas tau, mama!
Beberapa minit
kemudian, dengar mesej masuk ke peti masuk aku. Cepat-cepat aku buka. Aku
merengus geram. Dari Fiq rupanya. Tak pernah serik betul budak ni. Macam-macam
sudah aku kata kat dia namun langsung tak makan saman.
Fiq : Saya rindu abang.
Geli aku! Tak
boleh jadi. Aku kena berhadapan dengan Fiq juga. Nak suruh dia berhenti mengganggu
aku. Penatlah macam ni. Dalam aku marah, mesej masuk lagi. Kali ini baru betul.
Aku senyum.
Hanis : x kerja. Nape?”
Aku : Jom keluar. Mama dah bising. X beli barang
lagi.
Hanis : Baiklah. Nak
jumpa kat mana?
Aku : Send alamat awak. Sy pergi ambil.
Aku bangun dari
baringku. Nak pergi bersiap. Nak keluar dengan bakal isteri. Kali pertama nak
dating ni. Berdebar-debar pun ada. Sabar Shaz, sabar!
***********************
“Assalamualaikum.
Saya dah ada kat luar. Rasanya betul kot ni alamat rumah awak.”beritahu aku
sambil memerhati keadaan rumah. Aku pasti ini adalah alamat rumahnya. Pintu aku
buka lalu kaki aku menjejaki tanah.
“Tunggu kejap.
Saya dah nak keluar rumah.”
Beberapa minit
kemudian, kelihatan seorang gadis kecil keluar dari rumah. Aik? Macam pernah
tengok dia ni. Siapa? Siapa? Siapa?
“Eh awak bukan
Zara ke?” Aku terkejut apabila melihat Zara yang keluar. Ke aku salah rumah?
Aku garu kepala. Pening!
“Yalah. Nama saya
Nur Zara Hanis. Amboi, nama bakal tunang sendiri pun tak tahu.” Zara berpeluk
tubuh. Bibir mungilnya mengukirkan senyuman manis. Senyuman yang mencairkan
hati aku.
“ Bukan tak tahu
tapi keliru. Tapi saya tengok Hanis dalam gambar lain. Betul ke tidak ni?
Pening, pening.”Aku garu kepala lagi. Tak faham…
“Itu gambar saya
3 tahun lepas. Muka tak mature lagi.
Sengaja saya bagi gambar itu untuk tunjukan kat awak. Nak tengok awak kenal
saya ke tidak. Tapi… awak tak kenal! Sedih!” Zara mencebik.
Aku sengih. Patutlah
macam pernah tengok. Kenapalah aku asyik lupa saja ni. Itulah otak asyik kerja,
kerja, kerja. Semua benda dilupakan.
“Jomlah. Nanti
lewat pula.”ajak aku. Aku tunjuk macho aku dengan membukakan pintu untuknya.
Barulah lelaki sejati.
Di dalam kereta
masing-masing diam. Tak tahu nak memulakan perbualan macam mana. Aku berdehem
beberapa kali. Membetulkan anak tekak aku untuk memulakan perbualan.
“Sudi ke terima
saya jadi suami awak?”tanya aku secara berhadapan. Malu aku tau!
“Selagi awak
sudi terima saya jadi isteri awak.” Cewah! Ayat dia memang terbaik.
“Saya akan cuba
untuk terima. Kita sama-sama tak kenal. Jujur saya cakap, awak adalah pilihan
mama saya. Saya serahkan semuanya pada mama saya. Jadi saya rasa itulah yang
terbaiklah sebab mama saya pun dah sukakan awak.” Aku sengih.
“Saya pun. Saya
sebenarnya serah semuanya pada ibu. Bila ibu cakap ada orang nak datang
merisik, saya iyakan sahaja. Bila mama awak tunjukan gambar, saya rasa awak
adalah jodoh saya. Entahlah. Hati ni terlalu kuat nak menolak awak.” Dia
tertunduk malu.
“Saya rasa
sebulan cukup kot untuk kita kenal-kenal. Kalau yang lain-lain tu kita kenal
lepas kahwin, okey?” Aku angkat kening. Mata tetap fokus pada pemanduan
walaupun kadang-kadang menoleh memandangnya di sebelah.
“Saya ikut
saja.”jawab Hanis pendek.
Aku angguk. Aku
terus belok masuk ke tempat parkir kereta pasaraya Sogo.
“Okey, kita nak
pergi mana dulu?” Hanis bertanya.
“Sebelum tu saya
nak beli baju kerja. Baju lama dah lusuh sangat dah. Boleh awak tolong carikan
untuk saya?”
Dia mengangguk.
Kami beriringin berjalan masuk ke dalam kedai pakaian menjual baju. Dia pilih
dengan tekun. Aku hanya menjadi pemerhati. Memang aku gagal bab memilih baju ni
sebab selama ini mama yang tolong belikan untuk aku.
“Awak cuba yang
ni.” Hanis menghulurkan baju kepadaku. Aku ambil dan belek. Warna ungu. Warna
kegemaran aku kot. Aku sengih.
“Memang sesuai.
Ungu adalah kegemaran saya.” Aku senyum.
“Abang
Shaz…!!!”jerit satu suara lelaki.
Aku toleh dan
aku tepuk dahi. Apa lagi budak ni nak?
“Apehal?”Aku
tanya sambil menjeling. Tak kuasa aku nak melayan dia. Sengaja nak spoil mood
aku yang gembira membeli-belah ni.
“Abang janji nak
keluar dengan Fiq. Fiq rindu abang sangat-sangat. Tak senang hati ni tau kalau
sehari tak tengok abang.”Dia peluk lengan aku. Aku terkejut lantas tarik tangan
aku dengan pantas. Aku tengok muka Hanis. Gadis itu berasa pelik. Tolonglah
Fiq, jangan nak buat hal kat sini.
“Hey kau ni
kenapa? Aku tak janji apa-apa pun dengan kau. Tolonglah! Blah!” Aku halau dia
pergi. Aku tarik tangan Hanis untuk beredar.
“Abang, janganlah
buat Fiq macam ni. Fiq sayang abang!”jerit Fiq.
“Rimaslah macam
ni weyh! Aku tumbuk muka kau nanti!”aku menjerit sambil mencekak kolar leher
bajunya. Aku genggam penumbuk. Hampir sahaja penumbuk ini melayang ke mukanya.
Nasib baik Hanis sempat menghalang.
“Sudahlah awak.
Malulah bergaduh kat sini.” Hanis berasa cemas.
“Peringatan
terakhir ni. Lain kali buat macam ni lagi, mati kau! Dah jom Hanis! Kita
balik!” aku terus menarik tangan Hanis berambus dari situ. Meninggalkan Fiq
yang terkial-kial ketakutan keseorangan di situ.
******************
“Maafkan
saya.”aku meminta maaf kerana menakutkan dia tadi dengan menarik tangannya
kasar. Bukan aku sengaja tapi aku geram sangat dengan Fiq. Budak gila tu!
“Kenapa dia jadi
macam tu?” tanya Hanis.
“Dia sukakan
saya. Dia gay. Siap ajak saya kahwin lagi. Geli tekak saya ni tau..” Aku
menggelengkan kepalaku beberapa kali. Tak dapat bayangkan.
Hanis ketawa.
Aku toleh memandangnya disebelah. Tarik muka. Protes.
“Patutlah nak
kahwin cepat, rupanya ada peminat misteri.” Hanis menghabiskan sisa ketawanya.
“Malaslah macam
ni.”nada merajuk. Okey, untuk tarik perhatian niat sebenar aku. Aku geli hati.
“Mengada! Dahlah
jom. Kita pergi cari kat tempat lain. Harap-harap dia tak ikut.”Hanis ketawa
kecil.
Hamboih!
Seronoknya ketawakan aku. Hmm..
************************
“Kenapa abang
sanggup buat saya seperti ini?” Hanis menumbuk dada aku sambil menangis sebaik
sahaja pintu dibuka. Aku kehairanan.
“Kenapa ni?
Abang buat apa?”aku bertanya. Cuba menenangkan isteri aku yang sudah diamuk
rasa marah.
“Abang tengok ni
apa abang dah buat? Hanis percayakan abang rupanya ini yang abang balas kat
Hanis?” Dia melepaskan tangan yang aku genggam lalu berjalan ke arah meja.
Sampul surat putih di atas meja diambil lalu diberikan kasar kepada aku. Aku
buka.
“Astarfirullahalazim.”serta-merta
mulut aku beristifar. Aku pandang muka Hanis lalu mengangkat kaki mendekatinya
namun dia semakin menjauh. “ Abang tak buat semua ni, sayang.” Aku menegakkan
kebenaran.
“Abang nak cakap
gambar tu tipu? Diedit?”balas Hanis tidak percaya.
“Ada orang nak kenakan
abang. Please, sayang. Trust me!”
Hanis tepis
tangan aku kasar. Aku berdaya juga memeluk pinggangnya dari belakang.
“Abang tak buat
perkara terkutuk macam tu, sayang. Sayang kena percayakan abang.”
“Apa penjelasan
abang?” Hanis mengelap airmatanya.
“Mungkin ini
kerja Fiq. Dia tu sampai sekarang selalu ganggu abang. Dia berdendam dengan
abang.”
“Apa buktinya?”
“Sayang
percayakan abang. Abang tak akan sanggup buat seperti itu. Ini semua fitnah.”aku
bersungguh-sungguh. Gila ke apa aku nak buat seperti itu? Aku masih ada iman
dan pegangan hiduplah.
“Hanis tak
percaya. Abang dah ragut kepercayaan Hanis.” Hanis masih lagi dengan
tangisannya.
Aku letak dagu
di atas bahunya. Isteri yang aku kahwini 3 bulan yang lepas ini adalah nyawa
aku sekarang. Dialah segala-galanya bagi aku. Sepanjang 3 bulan perkahwinan,
hubungan kami baik sehinggalah hari ini. Tapi kerana Fiq, budak gila tu telah
merosakkan kepercayaan Hanis kepada aku. Aku akan buat perhitungan dengan dia.
**********************
Aku ketuk pintu
rumah Fiq beberapa kali. Masih juga tidak dibuka. Aku ketap bibir. Geram betul.
“Sudahlah abang.
Jom kita balik.”ajak Hanis yang sudah malas menunggu dari tadi. Riak wajah dia
dah berubah kebosanan.
“Tak nak. Abang
tak akan balik selagi abang tak jumpa dia. Kerana dia, kita bergaduh. Abang
perlu lakukan perhitungan dengan dia.”Aku menolak ajakan Hanis untuk pulang.
Semuanya harus diselesaikan hari ini juga.
“Err, abang
Shaz…” Aku toleh apabila mendengar satu suara memanggil nama aku. Berbara hati
aku sebaik sahaja memandang wajah itu. Aku berjalan mendekatinya namun dihalang
oleh Hanis.
“Jangan halang
abang!”jerkah aku. Aku tolak tubuh Hanis ketepi. Aku memang dah hilang
kewarasan.
Baju dia aku
cekak. Satu tumbukan hinggap di pipi Fiq. Hanis cuba menghalang aku namun aku
tidak mengalah. Budak ini harus diajar supaya beringat untuk tidak lagi
menganggu rumah tangga orang.
“Apa ni abang?
Apa salah Fiq?”soal Fiq sambil memegang bibirnya yang mula berdarah.
“Kau tanya aku
kenapa? Kau ni tak puas hati apa dengan aku haa??”Jerit aku. Dush! Satu
tumbukan lagi aku berikan padanya.
“Fiq buat apa
abang?”
“Kaukan yang
hantar gambar aku dengan kau kat isteri aku kan?”
Fiq menggeleng
laju. Tidak mengaku.
Dush! Satu
tumbukan singgah di pipinya. Malam ini aku nak cari kebenaran yang sebenarnya.
Aku tidak kisah jika aku terpaksa masuk lokap sekalipun asalkan aku dapat
kembalikan kepercayaan Hanis kepada aku.
“Kau nak mengaku
atau nak mati malam ni?”ugut aku.
Fiq diam. Dia
tidak menjawab pertanyaan aku. Aku angkat tangan untuk menumbuknya sekali lagi.
“Baiklah abang,
baiklah!”kata-kata Fiq itu membuatkan aku tidak jadi untuk menambah tumbukan di
pipinya.
“Cepat bagitahu
sebelum aku….”
“Ya, Fiq yang
buat semua tu! Fiq buat sebab Fiq tak suka tengok kebahagiaan rumahtangga
abang. Abang tu milik Fiq. Fiq sayang abang!”luah Fiq sambil menangis. Tangan
aku cuba dirangkul. Cepat-cepat aku tarik.
“Kau ni dah
kenapa? Kau sedar ke tidak yang kau tu lelaki? Kembalilah ke pangkal jalan,
Fiq. Aku sedih tengok saudara seagama dengan aku jadi macam ni. Nabi tak
mengaku umat, Fiq.”Aku cuba tenangkan diriku. Tak guna pun marah-marah walaupun
hakikatnya hati aku tengah berbara.
“Tapi Fiq
sayangkan abang. Fiq perlukan abang dalam hidup Fiq.”rayu Fiq lagi. Aku garu
kepala. Sejurus kemudian, aku pandang Hanis. Memohon pendapat daripadanya.
Hanis datang
mendekati aku dan Fiq.
“Fiq… Fiq
sayangkan abang Shaz kan?”soal Hanis lembut. Mungkin mahu memujuk.
Fiq mengangguk.
“Kalau Fiq
sayangkan abang Shaz mesti Fiq nak tengok abang Shaz bahagiakan?”
Fiq mengangguk
lagi.
“Kalau begitu,
Fiq tak boleh buat abang Shaz macam tu. Kasihan abang Shaz. Tak pasal-pasal
kakak tumbuk dada dia sebab gambar yang Fiq hantarkan kepada kakak tu. Fiq tak
boleh terus macam ni.”
“Tapi…”
“Kau
fikir-fikirlah, Fiq. Aku memang tak boleh nak ikut rentak kau. Kita berbeza.
Satu saja aku pesan, tolong kembali ke pangkal jalan. Lagi satu, aku mohon kau
buang gambar aku yang kau edit tu. Tak senonoh kau tahu…” Aku tergelak kecil. Doa
di dalam hati agar dia berubah kembali ke pangkal jalan.
Fiq datang dan
terus memeluk aku. Aku tercengang. Hanis mengangguk tanda dia mahu aku sambut
pelukan Fiq itu.
************************
Pintu aku
diketuk dari luar. Aku angkat kepala dan bibir aku memberi keizinan untuk
masuk. Kelihatan seorang lelaki yang sudah hampir 1 tahun aku tidak bertemu
dengannya sejak dia berhenti kerja.
“Hai abang
Shaz…”tegur Fiq ceria. Bibirnya mengukirkan senyuman. Penampilan dia hari ini
berbeza dengan sebelum ini. Nampak lebih macho. Mesti sedang bahagia. Kalau
begitu, syukurlah.
“Hey, bro. Apa
khabar? Lama tak muncul, hari ni tiba-tiba muncul. Apa hal?” Aku menyalami Fiq.
Aku bingkas bangun lalu mengajaknya duduk di sofa yang terletak di sudut
pejabat aku.
“Alhamdulillah
baik. Tujuan saya datang sini sebab nak beri kad jemputan. Jangan tak datang
pula. Bawa kak Hanis sekali. Saya sangat-sangat mengharapkan abang dapat
datang.”
Aku sambut
huluran sampul yang berwarna putih. Sejurus kemudian, aku pandang wajah Fiq
dengan mengecilkan mataku.
“Kau jangan
cakap yang kau kahwin dengan sama spesies? Aku tak nak pergi. Geli weyh!” Aku
ketawa dibuat-buat.
“Abang ni. Saya
dah tak buat benda macam tu. Jangan risau. Saya kahwin dengan seorang wanita.
Jemputlah datang.” Fiq tersenyum. Dia melihat jam di tangan. “ Okeylah. Saya
kena gerak dulu. Saya berkejar sekejap datang sini sebab nak jemput abang.”
“Tahniah!” Aku
bersalam dengan Fiq.
“Abang, terima
kasih ubah saya. Kalau tidak sampai sekarang saya masih lagi dengan dunia sesat
saya.”
“Bukan aku ubah
kau tapi itu adalah kehendak kau sendiri. InsyaALLAH aku akan datang. Nak juga
tengok wanita hebat yang berjaya buat kau kembali ke jalan yang lurus tu.
Tahniah sekali lagi, Fiq. Aku bangga dengan kau.”
“Saya minta diri
dulu.”
Aku tersenyum.
Alhamdulillah. Itulah yang aku harapkan dari dahulu lagi.
*******************
“Shaz, semalam
Pak Raihan datang.”ujar mama malu-malu.
“Datang buat apa?”tanya aku.
“Datang buat apa?”tanya aku.
“Dia…
dia…”Tersekat-sekat mama mahu meluahkan bicaranya. Aku tersengih. Mesti ada hal
yang penting ni.
“Dia masuk
meminang mama?”soal aku serkap jarang.
Mama mengangguk
lalu tertunduk malu.
“Baguslah. Mama
setuju ke?” aku dah sengih hingga ke telinga. Muka mama dah mula merah.
“Kalau Shaz
setuju?”tanya mama tanpa menjawab soalan aku.
“Shaz setuju.
Lagipun Shaz kasihan kat mama. Asyik sensorang aje kat rumah ni.”
“Kalau begitu,
mama lagi setuju!”jawab mama ceria.
“Amboi mama!
Semangatnya. Tak lama lagi dapatlah bapa baru.”usik aku.
Mama tampar paha
aku lalu berlalu pergi ke dapur. Kalau lagi lama di sini, mungkin mama takut
kena bahan dengan aku. Ucapan syukur meniti di bibir. Syukur. Fiq sudah jumpa
dengan pasangannya manakala mama pula bersetuju untuk berteman setelah sekian
lama membujang. Aku? Aku sekarang dah ada 3 orang anak iaitu 2 orang lelaki seorang
perempuan. Aku sangat bahagia bersama si gadis kedai tudung tu. Alhamdulillah.
--hope enjoy baca cerpen merapu dari saya ni. Terima kasih yer... Nak komen? dialu-alukan sngat!