Kau Anugerah Terindah

BAB 13
Hayyan terus melabuhkan badannya di atas katil yang empuk di dalam biliknya. Dia baru sahaja habis bertugas. Selepas memastikan keadaan Frisya selamat, Hayyan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Hayyan cuba untuk memejamkan matanya berulang kali namun tidak berjaya. Dia terbayangkan keputusan mengenai kesihatan Frisya yang diketahuinya selepas dikhabarkan oleh doktor pakar hospital itu.
“Hayyan, hasil makmal sudah keluar.” Doktor Alif memberitahunya.
Hayyan bimbang. Dia berdoa agar keputusan yang diperolehinya akan membawa khabar gembira. Hayyan berlalu menuju ke makmal untuk mengambil keputusan.
Setelah keputusan makmal berada di tangannya, Hayyan melangkah kakinya menuju pula ke tempatnya. Dia tidak begitu yakin untuk melihat. Dia turut berdebar-debar untuk membuka sampul surat yang mengandungi hasil ujian mengenai kesihatan Frisya.
Setelah membuka dan melihat keputusan di kertas yang baru dibacanya, Hayyan beristifar panjang. Dia dapat mengagak keputusan. Tapi Hayyan tidak mahu membuat keputusan selagi keputusan itu tidak sahih. Dia juga berharap agar Frisya tidak apa-apa. Namun yang tercatat di kertas putih itu lain hasilnya.
Lamunan Hayyan terhenti. Ada panggilan yang perlu dijawab olehnya. Dia meraupkan mukanya dengan kedua belah tapak tangan. Begitu lama dia termenung. Dia mencapai telefon bimbitnya. Tentera nama mamanya di skrin telefon.
“Assalamualaikum mama.” Hayyan memberi salam.
Kelihatan suara mamanya cemas. Hayyan segera bangun.
“Waalaikumussalam, Yan. Kenapa tak beritahu mama pasal Frisya?”marah Datin Rokiah.
Hayyan tergamam. Dia berharap sangat agar mamanya tidak mengetahui tentang Frisya. dia akan memaklumkan kepada mamanya setelah Frisya sedar.
“Yan minta maaf mama.Yan bukan tak nak beritahu mama. Tapi Yan Cuma tak nak mama risau saja.” Hayyan memberi alasan.
Kedengaran Datin Rokiah menghembuskan nafasnya.
“Kalau papa tak telefon Tuan Faris pasti sampai sekarang ni mama tak tahu.”rajuk Datin Rokiah.
Hayyan menarik nafas lalu melepaskannnya.
“Yan bercadang nak beritahu mama lepas Frisya sedar. Tapi mama jangan risau sebab sekarang ni keadaan Frisya stabil. Mama nak datang melawat Frisya ke?”tanya Hayyan.
“Erm. Bertuah punya anak. Insyaallah pagi esok mama sampai.” Datin Rokiah memberitahu kepada Hayyan.
Tangan Hayyan bermain-main bucu cadar katilnya. Dia hanya mengiakan cadangan mamanya yang mahu datang melihat Frisya.
“Mama dan papa nak drive ke?”Hayyan ingin tahu.
“Eh, taklah. Mama dengan papa naik flight saja. Cepat sikit sampai. Lagipun kesian kat keluarga Puan Alia kamu tu. Mesti sedang bersedihkan. Katanya Yan yang rawat Frisya. Betul ke? ”tanya Datin Rokiah panjang lebar.
“Ya. Hayyan yang rawat Frisya.”jawab Hayyan pendek. Fikirannya terfikirkan Frisya yang sedang terbaring di hospital.
“Oklah kalau macam tu. Rawat bakal menantu mama tu elok-elok tau. Bagi dia betul-betul sembuh.”nasihat Datin Rokiah.
“Iya mama. Yan janji yang Yan akan merawat bakal menantu mama tu elok-elok.Yan rawat dia macam tuan puteri yer mama. Don’t worry.” Hayyan berseloroh. 


Terdengar di corong telefon Datin Rokiah ketawa kecil. Hayyan tahu mamanya suka bila dia menyatakan dia bersetuju untuk berkahwin dengan Frisya. Selepas mematikan telefonnya, Hayyan berjalan menuju ke bilik air. Dia ingin membersihkan diri sebelum pergi melawat Frisya.
---------------------------------------------------
Hayyan melihat Puan Alia berkeseorangan duduk di ruangan menunggu. Dia mencari-cari kelibat Tuan Faris namun tidak kelihatan. Hayyan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Puan Alia. Dia tidak mahu mengejutkan Puan Alia yang sedang termenung jauh. Pastinya memikirkan Frisya. Hayyan melabuhkan dirinya di sebelah Puan Alia. Puan Alia pula tersedar daripada lamunannya.
“Assalamualaikum, makcik.” Hayyan mengukirkan senyumannya.
Puan Alia membetulkan duduknya.
“Waalaikumussalam. Hayyan tak balik lagi ke?”tanya Puan Alia.
Hayyan menggeleng. Sayu melihat muka Puan Alia. Pucat. Sudah beberapa hari Puan Alia setia menunggu Frisya di bangku itu. Tuan Faris ada mengajak Puan Alia balik namun Puan Alia tetap berdegil. Dia tetap nak menunggu Frisya sehingga sedar.
“Taklah. Hayyan dah balik tadi. Tapi Hayyan datang balik nak temankan makcik. Pakcik mana?”
Puan Alia tersenyum. Senang dengan kebaikan yang dihulurkan oleh Hayyan.
“Pakcik balik sekejap. Letih agaknya. Dah beberapa hari tak balik. Baiknya. Tak usahlah temankan makcik. Nanti menyusahkan Hayyan pula. Dah balik kena datang semula. Tak letih ke Hayyan? Bukan Hayyan baru lepas habis kerja ke?”
“Tak ada menyusahkan pun. Tak letih pun kalau demi Frisya.”kata Hayyan.
Puan Alia menoleh melihat muka Hayyan. Dia gembira mendengar pengakuan daripada Hayyan.
“Makcik pandang saya kenapa? Ada apa-apa ke kat muka saya?”tanya Hayyan hairan. Dia menyapu mukanya dengan kedua belah tangannya.
Puan Alia tergelak kecil melihat telatah Hayyan.
“Tak adalah. Saja nak pandang muka menantu makcik ni. Tak boleh ke?”duga Puan Alia.
Hayyan termalu sendiri. Dia menolehkan mukanya memandang pintu bilik ICU yang menempatkan Frisya.
“Ada-ada sajalah makcik ni. Ni nak beritahu yang mama dengan papa nak datang esok.” Hayyan mengubah topik perbualan mereka.
“Yakah? Susah-susah saja diorang datang. Kesian pula.” Puan Alia berasa bersalah. Namun dia gembira kerana mempunyai tempat untuknya meluahkan kesedihannya.
“Mama dan papa datang naik flight. Jadi tak adalah yang menyusahkan. Lagipun mama memang nak datang melawat Hayyan pun.”jelas Hayyan.
Puan Alia mengangguk. Dia risau akan menyusahkan keluarga Hayyan untuk datang dari jauh kerana ingin melawat Frisya yang entah sedarnya bila.
“Lagipun esok papa cuti. Itu yang nak datang sangat tu. Biasalah takkan bakal menantu sakit pun tak datang melawatkan makcik?”
Hayyan menekup mulutnya. Sekali lagi terlepas cakap. Hayyan hanya menggaru kepala. Dia berharap agar Puan Alia tidak mendengar kata-katanya tadi.
“a’ah! Tapi kalau datang melawat pun Frisya bukannya sedar lagi.”
Hayyan lega kerana Puan Alia tidak mendengar kata-katanya. Namun disebaliknya. Puan Alia mendengar segala percakapan Hayyan. Tapi dia tidak mahu mengusik Hayyan. Nanti mukanya yang putih itu merah kerana menahan malu.
“Nanti Frisya sedarlah tu. Jangan risau.”Hayyan menenangkan Puan Alia.
Ketika sedang berbual-bual dengan Puan Alia, doktor Alif  yang membantu Hayyan merawat Frisya datang meluru ke arah mereka berdua. Dia mengukirkan senyuman memandang muka kedua insan yang sedang rancak berbual.
“Hayyan!”tegur Doktor Alif
“Eh, Alif.” Hayyan bangun dari kerusinya.
Doktor Alif pula mengukirkan senyuman kepada Puan Alia. Puan Alia membalas.
“Ni aku ada berita gembira nak beritahu kau.”
Hayyan dapat menganggak apa yang bakal diucapkan oleh Doktor Alif.
“Apa dia? Frisya dah sedar ke?”tanya Hayyan yang tidak sabar untuk mengetahui berita gembira yang dibawa oleh sahabatnya.
“Yup. Pandai kau teka. Frisya dah sedar.”
Hayyan mengucap syukur. Puan Alia yang tadinya hanya menjadi pendengar perbualan mereka terus terbangun. Mukanya yang kelihatan pucat bertukar menunjukkan riak gembira dengan berita yang baru disampaikan.
“Alhamdulillah. Adik dah sedar.”Puan Alia menadahkan tangannya mengucap syukur. Dia turut menitiskan airmata kesyukuran.
“Tapi Frisya masih lagi dalam pemerhatian kami. Jadi dia tidak boleh lagi dipindahkan ke wad biasa.”jelas Doktor Alif.
“Tak apa. Asalkan Frisya dah sedar.”ucap Puan Alia yang betul-betul gembira.
Hayyan turut tersenyum melihat muka Puan Alia.
“Makcik tak nak beritahu pakcik ke?”
Puan Alia baru teringat akan suaminya Tuan Faris. Cepat-cepat dia menyeluk begnya lalu dibawa keluar telefon bimbitnya. Jarinya ligat mendail no Tuan Faris. Hayyan dan Doktor Alif hanya mampu tersenyum.
“Oklah Hayyan aku pergi dulu.” Doktor Alif meminta diri.
Hayyan berjabat tangan dengan Doktor Alif.
“Terima kasih ya Alif.”
“Terima kasih kat kau juga. Aku cuma bantu sikit-sikit saja. Kau yang selama ini merawat Frisya.” Doktor Alif menepuk bahu Hayyan.
Hayyan mengukirkan senyuman manisnya. Doktor Alif melangkah kaki untuk meneruskan tugasnya. Puan Alia sedang berbual dengan Tuan Faris untuk memberitahu berita yang amat ditunggu-tunggu. Hayyan kembali melabuhkan diri di atas kerusi sementara menunggu Puan Alia selesai untuk melawat Frisya.
“Hayyan,jomlah kita masuk jenguk Frisya. Makcik dah tak sabar ni. Makcik rindukan dia sangat-sangat.”ajak Puan Alia.
Hayyan bangun mengikut langkah Puan Alia menuju ke bilik Frisya. 
Frisya membuka mata. Matanya kabur. Dia cuba untuk mengenali orang yang berada di sekeliling katilnya itu. Dia menatap muka mamanya yang berhampiran dengannya. Dia mengukirkan senyuman. Frisya juga cuba untuk bangun. Puan Alia yang sedari Frisya ingin bangun menghalang tindakan Frisya.
“Adik. Jangan bangun. Adik belum sembuh lagi tu.”ucap Puan Alia lembut sambil mengusap kepala Frisya.
Hayyan hanya berdiam diri. Tak mahu menyampuk perbualan dua beranak yang saling merindui antara satu sama lain. Dia hanya memerhati respon daripada Frisya.
“Mama. Adik kat mana ni? Kenapa adik tak boleh bangun? Adik sakit apa mama?”bertubi-tubi soalan yang dihamburkan kepada Puan Alia.
Puan Alia memandang Hayyan. Hayyan hanya mendiamkan diri. Dia seolah-olah sedang berfikir sesuatu. Puan Alia kembali menatap muka Frisya. Air mata menitis.
“Kenapa mama menangis? Adik ada buat mama terasa hati ke?”tanya Frisya lagi.
Puan Alia mencium dahi Frisya.
“Tak adalah. Adik tak buat apa-apa pun.”jelas Puan Alia.
Frisya mengangguk. Dia memandang ke arah Hayyan. Hayyan yang sedar diperhatikan oleh Frisya memandang sayu muka Frisya. Frisya tersenyum kepadanya. Hayyan membalas. Dia melangkah untuk berada dekat di katil Frisya.
“Eh, kau Hayyankan? Kau buat apa kat sini?”tanya Frisya lagi. Dia seperti tidak mengingat kejadian yang telah menimpa dirinya.
Hayyan mengerutkan dahinya. Pelik dengan pertanyaan Frisya. Selepas pertemuan mereka tempoh hari panggilan mereka daripada "aku" telah ditukar kepada yang lebih sopan iaitu "saya". Hayyan membuat kesimpulan awal Frisya mungkin mengalami beberapa masalah terhadap ingatannya.
Puan Alia memandang muka Hayyan yang seolah-olah sedang terfikirkan sesuatu. 
“Hayyan merawat adiklah. Diakan doktor.”Puan Alia menjawab lembut.
Hayyan terus membisu.
“Kenapa dia yang rawat adik?Adik sakit apa mama?” Frisya bertanya lagi. Dia cuba untuk bangun namun tidak berjaya. Dia memegang di perutnya.
“Aduh! Sakitnya.”Frisya menyerang kesakitan.
Puan Alia mula gelisah.
“Jangan bangun. Kan dah sakit. Nanti kalau terbuka jahitan tu nanti lagi sakit.” Hayyan cuba memujuk. Dia menarik selimut untuk menyelimuti Frisya.
"Suka hati akulah. Kau sibuk apasal?"Frisya merengus kasar sambil menjeling memandang Hayyan.
Puan Alia sedikit terkejut dengan tindakan Frisya. Dia memandang muka Hayyan untuk mengetahui keadaan sebenar tentang kesihatan Frisya. Hayyan mengangguk. Hayyan cuba mengukirkan senyuman.
“Tak ada apa-apalah. Nanti kalau awak sembuh saya beritahu  kenapa awak kena jahit. Sekarang ni saya nak awak rehat. Bagi cepat sembuh luka awak tu.”nasihat Hayyan kepada Frisya.
Puan Alia berasa lega. Frisya hanya menurut apa yang dikatakan oleh Hayyan.
“Mama, papa mana?”
“Papa ada diluar. Nanti papa masuklah.”jawab Puan Alia ringkas.
“Oklah kalau macam tu. Hayyan, aku boleh keluar dari hospital bila? Aku nak kerja. Aku rasa aku dah lama tak kerja. Mesti banyak kerja yang tertangguh kesian dekat Liaty.”celoteh Frisya panjang.
Hayyan menggeleng kepalanya. Dalam keadaan sakit pun masih lagi memikirkan kerja.
“Tak lama lagi. Tapi luka tu kena sembuh betul-betul. Selagi tak sembuh selagi tulah tak boleh keluar. Lagi satu, awak ni tak habis-habis fikirkan kerja. Tak usahlah fikirkan semua tu.”giliran Hayyan pula menceloteh.
“Yalah, adik ni. Kerja semuanya dah serah dekat Liaty. Adik kena fikirkan kesihatan adik sahaja sekarang. Mama tak nak adik fikirkan lagi pasal kerja.”Puan Alia menyampuk.
“Oklah. Adik dah mengantuklah. Adik tidur dulu ya.” Frisya memejamkan matanya. Dia mengantuk mungkin kesan dari ubat tidur yang disuntik untuk mengurangkan kesakitan yang dialami oleh Frisya.
Puan Alia sekali lagi mencium umbun-umbun kepala Frisya. Dia dan Hayyan melangkah kaki untuk keluar dari ICU. Bagi Puan Alia, hatinya gembira sekali melihat anaknya yang telah menyedarkan diri. Tiada apa yang diminta selain daripada kesembuhan anak perempuan kesayangannya itu.
--------------------------------------------------
“Alia. Macam mana keadaan adik? Dia sedar dah kan?”Tuan Faris terus meluru ke arah Puan Alia dan Hayyan.
Puan Alia terkejut diterkam oleh Tuan Faris.
“Abang ni. Sabarlah. Adik tak ada apa-apa. Dia ada tanya abang tadi. Tapi Hayyan, kenapa dia tak ingat apa yang terjadi kat dia? Cakap pun kasar ja. Macam mana keadaan sebenar Frisya ni, Hayyan?”tanya Puan Alia ingin tahu.
"Makcik jangan risau. Ini mungkin kesan daripada hantukan tu. Insyaallah, Frisya akan ingat apa yang berlaku kat dia lepas dia sembuh daripada hantukan tersebut. Jangan risau yer makcik?"jelas Hayyan yang memberitahu keadaan Frisya yang sebenar.
“Dia tanya abang? Dia ingat kat kita lagi ke?”Tuan Faris yang hanya diam tadi pula mencelah.
Puan Alia mengerutkan dahinya. Hairan dengan pertanyaan suaminya itu.
“Kenapa abang tanya macam tu?”
Tuan Faris menggaru kepalanya.
“Taklah, dia masih kenal kitalah. Abang tanya macam tu sebab selalunya bila koma lepas tu sedar mesti dia hilang ingatan.”jelas Tuan Faris.
Puan Alia dan Hayyan tergelak kecil. Kelakar melihat muka Tuan Faris yang sedikit cemas.
“Abang tahu mana ni?”Puan Alia meminta kepastian.
“Tengok cerita dalam tv. Itu yang abang tanya tu. Takut kalau-kalau adik pun macam tu juga.”jawab Tuan Faris selamba.
Hayyan dan Puan Alia tergelak. Mereka berdua mengelengkan kepala mereka. Tercuit hati dengan kata-kata Tuan Faris.
“Pakcik. Tak semestinyalah. Lain kali pakcik janganlah tonton cerita banyak sangat. Inikan dah fikir yang bukan-bukan.” Hayyan masih tersenyum.
Tuan Faris turut tergelak sama.
“Abang ni. Buat lawak pula.”usik Puan Alia.
“Ingatkan sama macam dalam tv tu…..Ni boleh abang masuk tak?”tanya Tuan Faris. Tidak sabar nak melihat anaknya itu.
“Boleh. Tapi adik tengah tidur. Kalau abang nak masuk jom Alia temankan.”beritahu Puan Alia.
Puan Alia menunggu jawapan daripada Tuan Faris. Dia memandang tepat muka suaminya. Tuan Faris menggeleng.
“Kalau masuk pun adik tidur. Tunggu adik terjaga dululah, baru abang masuk melawat dia..”Tuan Faris memberi kata putus.
“ Hayyan. Kalau Hayyan nak balik pergilah balik. Kamu tu tak berehat lagi. Kalau sakit nanti macam mana nak merawat Frisya pula.”Puan Alia mengusik Hayyan. Dia memandang muka Hayyan. Kelihatan senyuman terukir.
“Tak apalah. Hayyan tunggu kejap lagi. Makcik, pakcik nak minum ke makan ke?  Saya nak ke café. Nak isi perut sikit.”tanya Hayyan. Dia perlu mengisi perutnya yang sudah bernyanyi riang meminta untuk diisi.
“Tak apalah. Hayyan pergilah makan dulu. Nanti pakcik beli sendiri. Lagipun pakcik dan makcik tak lapar lagi.”jawab Tuan Faris.
“Oklah. Saya pergi dulu ya. Kalau makcik atau pakcik nak kirim apa-apa telefon saya saja. Tak menyusahkan pun.”pesan Hayyan sebelum melangkah menuju ke café hospital. Sikapnya yang sangat mengambil berat disukai oleh Tuan Faris dan Puan Alia.
“Ni Alia…Tadi Aikal telefon. Along kata dia dah nak balik terus dah. Dia dah habis belajar.”
“Ha?Along nak balik? Seronoknya.” Puan Alia teruja kerana seorang lagi anaknya bakal menjejakkan kaki di Malaysia. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Aikal, abang kepada Frisya.
“Tapi…..”
Mata Tuan Faris yang sedang khusyuk membaca risalah hospital menoleh kepada Alia.
“Tapi kenapa.?”
“Tapi along tak tahukan yang adik ada di hospital?”r
Tuan Faris seakan menyedari sesuatu.
“Betullahkan. Kita tak beritahu dia. Mesti  mengamuklah si Along tu.”
Puan Alia mula risau.
“Alah, awak ni. Tak payahlah nak risau-risau. Insyallah along tak marah.” Tuan Faris menyakinkan Puan Alia. Dia juga terlupa hal demikian.
“Abang bukan tak tahu along tu. Perangai dia sama macam adik juga. Panas baran.” Puan Alia membulatkan matanya ketika menyebut perkataan Panas baran.
“Nanti kita jelaskanlah kat dia. Mesti dia faham. Takkan belajar sampai oversea tapi tak faham-faham. Dahlah jangan risau. Kalau awak risau saya pun risau sekali.”nasihat Tuan Faris.
Tuan Faris kembali membaca risalah hospital yang baru didapatinya.
“Moga-mogalah. Along balik bila?”
“Lusa. Katanya dia naik pesawat yang paling awal. Jadi dia sampai awallah.”jelas Tuan Faris. Matanya masih di risalah berkenaan.
“Oklah kalau macam tu. Ha, ni esok Datin Rokiah dan Datuk Kamal nak datang melawat Frisya.”beritahu Puan Alia.
“Tahu dah.”jawab Tuan Faris pendek.
“Kalau dah tahu sudah.” Puan Alia memuncungkan bibirnya. Dia bengang.